Jumaat, 10 Ogos 2012



Assalamualaikum
* hello eberybady *



11 Ogos 2012



Wohaa, lame erkk Sydi tak updated entry ?!!! . Maaf yerrk. Tapi ade ker yang nak baca walaupon Sydi updated ?!! (menangis seminit). Hurmm, tapi Sydi tetap akan updated walaupon korang tak baca. Sebab blog larghh tempat yang best untuk lepak. Hakhakhak, sebab Sydi dah jemu dengan Facebook. Twitter ?? Lagi la hampehhh. Sebulan sekali ja Sydi bukak Twitter. Hehe.


Okeh, sebenarnya Sydi nak cerita pasal bekal makan. Bekal makan ?!!! Dulu zaman sekolah rendah selalu bawak. Save bajet erkk ?!! Haha, tak lorghh. Dulu masa darjah 6 kan, setiap hari ada kelas tambahan. Kan nak UPSR. Start kelas tuhh pukul 2 petang. Dalam pukul 1:30 mak or kakak Sydi akan datang bawak bekal. Kawan-kawan Sydi pon mak ayah diorang bawak. Kalau kawan-kawan bawak tak kan larghh Sydi tak bawak pulak kan. Nanti terpinggir pulak sebab kantin tak bukak, kan dah petang.


So, Sydi pon makan larghh. Mak Sydi masak sedap o0oooo. Nyumnyumm.. Hehe, biasalah, air tangan mak sendiri mana nak sama dengan orang lain kan. Tapi, Sydi teringat zaman sekolah rendah dulu. Cikgu-cikgu, kawan-kawan. Hurmm, berbeza dengan sekolah menengah. Tapi nak belajar. Ape boleh buat. Masa kan bergerak. Ohhh stop, tak yah sedih-sedih. Jom kita tengok koleksi bekal makan yang unik. Bekal makan Sydi tak larghh macam tuhh. Haha... 
























Terfikir japp. Apa motif diorang hias macam nie errk ?!! Mungkin untuk menarik perhatian anak-anak diorang makan. Mungkin jerr larghh. Dari segi persembahan macam untuk kanak-kanak. Tak kan larghh pergi pejabat bawak bekal ade gambar angry bird kot. Hakhakhak, tak ker pelik. Tak pasal-pasal kena cop gilersss !! Tapi apa salahnya kan. bukan orang nak cek pon ko bawak apa, lauk apa, sedap kaa kan.. 


Memang kreatif larghh. Rasa tak sanggup nak makan. Tapi makanan mesti larghh untuk makan. Tak kan untuk simpan pulak kan !! Oitt, nie bulan Ramadhan kan. Puasa kan ?!! Haha, sorry. Sydi updated malam. Kalau yang baca waktu siang jangan nak rasa "TERLAPAR" pulak. Haha, kang masalah pulak. Hehe. Oryte, tuhh jerkk. Thankz sudi baca entry Sydi. Kbye










♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Sabtu, 4 Ogos 2012



Assalamualaikum
* Hello guyz *



5 Ogos 2012








Wohaaa, perr citerr ?!!! Sihat ?!!!. Kalau sihat Alhamdulillah. Oryte, hari nie Sydi nak buat entry dengan tajuk "Tutorial Solat Sunat Tasbih". Awat, ingat tutorial mencantikkan blog erkk ?!! Haha, tak lorghhh. Tutorial bermaksud mengajar atau panduan kan ?!! Tutor. Jadi ramai yang tak tahu apa kelebihan solat sunat tasbih nie. Semperna dengan bulan Ramadan Al-Mubarak nie, ramai yang buat solat sunat nihh. Tak kiralah berjemaah kerr, ataupun seorang. Dekat Masjid rumah Sydi ramai yang dah buat. Sydi pun join. Sebagai panduan, kalau dah tahu tak perr..


Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1.     Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2.  Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ 
الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,  kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.



Alhamdulillah


Sudah baca, jangan rasa bosan or muak. Sebab sangat berguna. InsyaAllah. Mungkin nanti Sydi akan updated entry pasal solat sunat lain pulak ?!!! Haha, mesti !! Dalam hiburan kena selitkan ilmu agama jugak. Baru la seimbang. Hewhewww, orytee, itu jerkkk. Kbye









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...