ENTRY MELEKAT : SYDI TAK UPDATED BLOG
Assalamualaikum
* salam blogger *
16 Februari 2013
Waaaaa, lama tak menaip. Rindu nak jadi blogger macam dulu dan mengorat blog lain. Erti kata lain blogwalking la ! Haha gelak jahat ! Tapi semua itu harus dihentikan buat beberapa bulan ! WAJIB. Banyak halangan untuk ditempuh tahun ini. Walaupun bukan Sydi nak kawin ka, ke oversea ka, internet tak bayaq ka, tapi semua ini adalah kerana Sydi salah seorang "LAST PMR CANDIDATE" tahun nie. Baru PMR dah over ! Belum lagi SPM kan. Haha, Sydi tahu Sydi tak pandai macam korang dan sebab itulah Sydi nak berusaha. 2012 masa Sydi bergembira, berguling-guling tapi tahun nie bukan lagi masanya. Ewahhhh, ayat pasrah :P
Tahun lepas kalau Sydi blogwalking, banyak entry yang cerita pasal keputusan peperiksaan diorang. Ada yang 8A, 9A. Katanya orang yang ada blog nih orang yang pandai. Terfikir, mesti susah nak dapat 'A' kan ?!! Hurmmm, sedih la pulak. Jadual harian memang padat la kan. Isnin hingga Khamis balik pukul 3:00 termasuk kelas tambahan. Sabtu and Ahad tuisyen. Haaaaaaa, pening. Setiap petang buat homework, malam ulangkaji. Sydi sekolah biasa jerr, keputusan UPSR pun rasa macam nak koyak ja. Korang mesti hebat kan ?? Teringin nak masuk SBP or MRSM. Huaaa, TERINGIN ! So, bersyukur la pada Allah kalau yang dah dapat masuk sekolah tuh.
Sydi memang nak buat entry nie dari bulan lepas lagi. Tapi tak sempat sebab yerr la kan, Sydi nie menaip pon sampai 3 jam baru siap entry !! Haha. Kalau nak updated pon kena ada masa yang panjang. Tujuan Sydi updated entry nie sebab nak bagi tau yang Sydi tak akan updated entry buat beberapa bulan macam Sydi bagi tau kat atas tadi. Walaupun masa nak buat blog nie dulu makan masa yang sangat lama, yerr la, reka sendiri, cari tuto blog tuhh la , nihh la akhirnya terciptalah blog www.rusydimustaffa.com. Kadang-kadang tidur pukul 3:00 pagi nak cantikkan blog. Bukan sehari terus siap, makan masa berhari-hari ! Sydi menang contest dapat la doamin ".com". Memang banyak kenangan. BLOG MEMANG BEST !
Kalau nak cerita perjalanan hidup berblog nih memang panjang. Jadi Sydi ringkaskan. Sydi buat blog tahun lepas, 2 minggu lepas tuh Sydi jumpa chatbox Fibox. Sydi chat kat situ setiap hari. Yang itu adalah pengalaman terindah dalam internet. Banyak kawan. Lepas Fibox dah tak beroperasi, banyak kawan-kawan yang terpisah dalam alam maya, dan sebab itu jugalah Sydi mula malas nak mengupdated blog. Sedih sebab tak ada tempat chat macam Fibox. Untuk pengetahuan korang, Fibox lebih best dari FB. Seyess kot !! dapat chat kat sana. Ishhhhh geram.. Kenapa la dah tak dak tempat chat uh skang !! Hurmm. Sedessss
Okeh, mungkin nie entry terakhir Sydi buat bulan nie dah bulan2 akan datang. Sydi harap korang maafkan dosa yang pernah Sydi buat. Mungkin terguris masa Sydi komen blog korang, menyemakkan chat korang dan mungkin korang tak suka Sydi follow blog korang. Akhir kata, doakan Sydi dalam apa jua perkara yang Sydi lakukan untuk dunia dan akhirat. Doakan Sydi dapat 8A dalam PMR. Doakan Sydi agar diberi kesihatan supaya dapat lagi updated blog kesayangan Sydi nihh nanti. Semoga ikatan blogger kita akan berkekalan dan agar kematian sahaja dapat memisahkan. Amin. Jangan lupa follow Sydi. Assalamualaikum. :'(
TERIMA KASIH
SAYANG KOME !!