Jumaat, 29 Jun 2012



Assalamualaikum
 *hello eberybady *


29 Jun 2012


Dah lama Sydi nak updated entry nie. Tapi banyak halangan. Bajet busy la kan. Tapi memang busy pon. Haha. Kenapa Sydi jarang updated entry minggu lepas ??!! Haha, tu la nak cerita. Sebenarnya parents Sydi cadang nak buat kenduri arwah. Lepas tuh abang Sydi sebelum dapat kerja dia dah nazar. Kalau dia dapat kerja, dia nak sembelih seekor kambing. Selain tuh, tok guru yang mengajar Sydi dan 3 kakak Sydi dah tak larat. So kami gabungkan semua tuh dalam satu kenduri. Nampak meriah kan.


Kenduri khatam Al-Quran, Kesyukuran, and Arwah nie berlangsung hari Ahad, 24 Jun 2012. Persiapan mak ehh, sebulan dah buat. Untuk tetamu, dapat beras sorang sekilo kalau tak silap, bunga telur, bakul, dan makanan-makan macam dadih. For kanak-kanak, dapat coklat, kropok yang dah packing la. Huhu, memang penuh la dalam beg tuh dengan makanan. Untuk tok guru, kami bagi telekung, sejadah, duit, beras, kain batik. Haaa terlupa pulak, untuk adik beradik ayah Sydi, kami bagi hamper. Dalam hamper tuh ada, cawan besar, bakul, and barangan makanan. Kalau datang dapat largh.


Dalam jam 9pagi orang dah datang. Opss lupa, untuk majlis nie, special sikit, kaum wanita yang akan handle. Mula-mula majlis bacaan yasin dan tahlil. Lepas tuh khatam Quran. Masa nie la muka cuak Sydi menjelma. Haha, bukan cuak nak baca, Sydi segan doh, dok tengah-tengah orang ramai. Perempuan lak tuh. Seyess segan. Tapi Alhamdulillah selesai jugak. Lepas tuh, diorang berdiri sambil selawat dan bacaan doa tanda berakhir. Sydi pon sedih jugak. Masuk dua kali Sydi dah khatam. Tapi dulu dekat sekolah. Dengan tok guru lain kan. Huhu.


Lepas tuhh apa pulak ??!!. haaaaaaa, makan laaaa. Ayah Sydi ade company catering. So memang ramai la kengkawan ayah Sydi datang. Dan dah catering, makanan mesti la banyak jugak kan. Haha. Antaranya ialah kambing, cendol , bihun sup, laksa, dan banyakkkk lagi. Memang happy gilersss. Kawan Sydi pon ramai gak yang datang. Thankz friend. Jom belek-belek gambar yang dan Sydi snap.




Nie gambar cousin Sydi. Firas Amir and Afiqah Amani. Sweet couple. Haha


My no-2 sis. Syobirah. Dia khatam jugak ngan Sydi.




Yang baju hitam semua akak Sydi.  Dari kanan, no4-Fatin Mufidah, no2-Musfirah, No3-Syobirah. Sydi no5-Muhammad Rusydi, no6- Syamimi Afifah. Yang baju merah cousin Sydi.



Nie pulak pak cik Sydi. Buat cendol. Nampak sedap dan memey sedap. Haha. Yimmy.



This my beloved mother. Opss lupa, tema kenduri nie, warna hitam. So semua berjubah hitam termasuk Sydi. Haha.



Cendol, sedap tuh. Huhu



Wahh, siap tunjuk good lagi. Semestinya sedap. Haha



Cousin Sydi.




Nie masa nak menunggu ketibaan tetamu. Ewaahhh ayat. haha





Cousin. Posing sakan. Rasanya dah habis kot mase nie. Huhu.







p/s : Dalam pulul lima baru selesai. Alhamdulillah. Harap hidup kami sekeluarga diredhai Allah dan dimurahkan rezeki. Amin. Banyak lagi gambar nie. Nanti Sydi upload lagi. Byebye












♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Rabu, 27 Jun 2012



Assalamualaikum
* hello millow*


25 Jun 2012


Waaa, lamo benor tak updated entry kan? Hukhukhuk, bukan apa, serius Sydi busy sekarang nie. Dengan kerja sekolah la, kerja rumah la dan banyak habiskan masa kat sekolah. Tapi sekarang nie Sydi nak cerita pasal drama BI yang Sydi join. Weh-wehh, dua orang jer kot budak petang yang terpilih dan yang lain semua budak pagi. Drama nie terdiri daripada 14 orang termasuklah crew dan perlakon. Latihan sebulan dohh. Yang berlakon lagi la penat, hari Sabtu and Ahad pon kena mai berlatih. Tahun lepas Sydi join jugak, ala entry yang nie link, tahun nie pon masih terpilih. Bukan senang nak terpilih, rezeki-rezeki. Hehe.


Kami buat rehearsal pada hari Jumaat 22/06/12 dan bertanding hari Sabtu 23/06/12. Memang muka cuak gila walaupon Sydi nie tak penting sangat. huhu, tapi yang penting best dan yang terpenting kami The Winner. Hakhakhak, memang sekolah lain tak dapat nak lawan kehebatan sekolah kami. Waa, berita yang Sydi baru dapat ialah, sekolah SMK Mudzaffar Shah ialah pemenang selama 10tahun berturut-turut. Terkezut jugak Sydi dengar. Sekolah Sydi pemenang kekal selama 10tahun wehh dan tahun nie sekolah Sydi menang tiga award iaitu watak lelaki terbaik, wanita terbaik and director terbaik. Memang sapu bersih larghh. Hahahahha.




This sesi makup. Memandangkan kami drama terakhir so makup kena last-last jugak la sebab takut nanti berpeluh makeup cair. Serius cuaca panas gilerrrr. !




Gambar nie diambil masa sebelum nak ke stage. Dan lagi pozing yerk. hakhakhak. 




Main character sebenarnya ada dua. Sebab tajuk drama nie mengisahkan dua orang.  Queen Evilla and The Hunchback. Yang baju hijau tuh kira hunchback la. Bongkok badan dia.



Nie lagi satu main character. Dia nie kira jahat la. Belagak nak jadi Queen. Huahuahua. Sian hajat tak kesapaian. Gambar nie masa baru turun stage. Menang jugak sebagai watak wanita terbaik. Dah selesai.



This is Chinese girl. So pretty and kind. Hoho, dah la tak sombong. Comel kan.





Selesai drama. Tak sabar nak tunggu keputusan. Hehe. Dari hujung, muka manis,garang, sedess. Haha.



Yeaaaaaa, balik dengan muka gembira not sad. huhu, bersama pelatih drama. Sir Zarida Aziz. Guru disiplin and guru bahasa Inggeris class Sydi. 



Modo or hunchback. Muka bangga+sedih sebab menang watak lelaki terbaik and director terbaik. Cayalarghhh.






Semua perlakon and crew yang terlibat. Muka gembira and bangga sebab menang. Hehe. Itu jerkk. Bye-bye.



p/s : Harap menang peringkat Negeri pulak. Doa-doakan largh yeak. 








♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Jumaat, 8 Jun 2012


Assalamualaikum
* hello-millow *


9 June 2012





Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah…. Emak pengantin lelaki menasihati anaknya… “Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama, maka kamu harus kata,“Kapal terbang ingin mendarat””.

Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya 
“Nak, bila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat, maka jawabnya, “Lapangan terbang sudah sedia””.
Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba…
Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba hatinya berdebar-debar.
Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat”
Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang …mari kita tidur.”

Si suami hampa, namun dalam hatinya berkata “Tak apa mungkin isteri aku malu….beri dia peluang kedua”
Tiba malam kedua…
Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”
Malangnya si isteri masih tidak faham. Kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar dalam hatinya
berkata..
“Berita apa pula ini.. Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun,
tak ada kena mengena dengan saya.”

Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang, janganlah baca surat khabar lagi, mari kita tidur”
Si suami hampa lagi…
Tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”
Tiba malam ketiga…
Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat.
Lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.”
Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati
berkata “Mana ada kapal terbang !!”

Melihatkan si isteri menggelengkan kepala ….
Si suami hampa dan berkata dalam hati
“Kejamnya isteriku, membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”

Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.
Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya

“Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata, “kapal terbang ingin mendarat??”
Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ?
Si anak berkata
“Saya tidak jawab apa-apa”
Si ibu berkata lagi
“Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama, sepatunya anak menjawab
“Lapangan Terbang sudah sedia”, sebagai tanda bersetuju”

“Oh saya lupa lah ibu….tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”
Maka tiba malam keempat…
si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan
bertanya soalan yg sama.

Malam kian larut…
Si isteri tertanya-tanya bilakah gerangan si suami akan bertanya.

Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi,
apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri Lalu si isteri pun mendekati si suami dan
terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”,

Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri, dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK””

  • p/s :- cerita ini hanyalah lawak jenaka semata-mata. tiada kena mengena dengan yang sudah berkahwin atau yang masih single. haha




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥


Assalamualaikum
*hello eberybady*

8 June 2012




Fasha Sandha kenal tak ? ahakz, betuah largh kalau tak kenal. Ala pelakon yang cun, comel dan yang dok jadi kegilaan orang ramai tuh. tapi sekarang dah jadi milik orang. Sian sape yang nak tuh. hahahaha. Mase sydi dok belek-belek cerita best-best kat blog. Tiba-tiba ternampak gambar Fasha Sandha mase menyertai Pencarian Model Remaja Maybelline 99. Iaitu pada tahun 1999. Maknanya dah 13tahun gambar nie. yang paling tak tahan tengok fesyen masa zaman tuhh, memang sempoi. hehe, yang tuh jer sydi nak cerita.byebye



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...