Jumaat, 29 Jun 2012

Khatam Quran akuu !



Assalamualaikum
 *hello eberybady *


29 Jun 2012


Dah lama Sydi nak updated entry nie. Tapi banyak halangan. Bajet busy la kan. Tapi memang busy pon. Haha. Kenapa Sydi jarang updated entry minggu lepas ??!! Haha, tu la nak cerita. Sebenarnya parents Sydi cadang nak buat kenduri arwah. Lepas tuh abang Sydi sebelum dapat kerja dia dah nazar. Kalau dia dapat kerja, dia nak sembelih seekor kambing. Selain tuh, tok guru yang mengajar Sydi dan 3 kakak Sydi dah tak larat. So kami gabungkan semua tuh dalam satu kenduri. Nampak meriah kan.


Kenduri khatam Al-Quran, Kesyukuran, and Arwah nie berlangsung hari Ahad, 24 Jun 2012. Persiapan mak ehh, sebulan dah buat. Untuk tetamu, dapat beras sorang sekilo kalau tak silap, bunga telur, bakul, dan makanan-makan macam dadih. For kanak-kanak, dapat coklat, kropok yang dah packing la. Huhu, memang penuh la dalam beg tuh dengan makanan. Untuk tok guru, kami bagi telekung, sejadah, duit, beras, kain batik. Haaa terlupa pulak, untuk adik beradik ayah Sydi, kami bagi hamper. Dalam hamper tuh ada, cawan besar, bakul, and barangan makanan. Kalau datang dapat largh.


Dalam jam 9pagi orang dah datang. Opss lupa, untuk majlis nie, special sikit, kaum wanita yang akan handle. Mula-mula majlis bacaan yasin dan tahlil. Lepas tuh khatam Quran. Masa nie la muka cuak Sydi menjelma. Haha, bukan cuak nak baca, Sydi segan doh, dok tengah-tengah orang ramai. Perempuan lak tuh. Seyess segan. Tapi Alhamdulillah selesai jugak. Lepas tuh, diorang berdiri sambil selawat dan bacaan doa tanda berakhir. Sydi pon sedih jugak. Masuk dua kali Sydi dah khatam. Tapi dulu dekat sekolah. Dengan tok guru lain kan. Huhu.


Lepas tuhh apa pulak ??!!. haaaaaaa, makan laaaa. Ayah Sydi ade company catering. So memang ramai la kengkawan ayah Sydi datang. Dan dah catering, makanan mesti la banyak jugak kan. Haha. Antaranya ialah kambing, cendol , bihun sup, laksa, dan banyakkkk lagi. Memang happy gilersss. Kawan Sydi pon ramai gak yang datang. Thankz friend. Jom belek-belek gambar yang dan Sydi snap.




Nie gambar cousin Sydi. Firas Amir and Afiqah Amani. Sweet couple. Haha


My no-2 sis. Syobirah. Dia khatam jugak ngan Sydi.




Yang baju hitam semua akak Sydi.  Dari kanan, no4-Fatin Mufidah, no2-Musfirah, No3-Syobirah. Sydi no5-Muhammad Rusydi, no6- Syamimi Afifah. Yang baju merah cousin Sydi.



Nie pulak pak cik Sydi. Buat cendol. Nampak sedap dan memey sedap. Haha. Yimmy.



This my beloved mother. Opss lupa, tema kenduri nie, warna hitam. So semua berjubah hitam termasuk Sydi. Haha.



Cendol, sedap tuh. Huhu



Wahh, siap tunjuk good lagi. Semestinya sedap. Haha



Cousin Sydi.




Nie masa nak menunggu ketibaan tetamu. Ewaahhh ayat. haha





Cousin. Posing sakan. Rasanya dah habis kot mase nie. Huhu.







p/s : Dalam pulul lima baru selesai. Alhamdulillah. Harap hidup kami sekeluarga diredhai Allah dan dimurahkan rezeki. Amin. Banyak lagi gambar nie. Nanti Sydi upload lagi. Byebye












♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

0 budax ch0mel k0men ♥:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...