Selasa, 31 Julai 2012



Assalamualaikum
* hello eberybady *



31 Julai 2012






Amboihhh, awal-awal lagi dah tempek gambor. Sydi tahu korang mesti rase takut dengan gambar yang Sydi letak tuhh. Ape nak buat, itulah fitrah hidup. Semua akan kesana, tak kiralah berjawatan kecil kerr besor kerr. Semua akan  ke tanah jugak kan. Hari nie, Sydi nak share tanda-tanda kematian. Sekarang bulan Ramadan, so banyak manfaat yang kita dapat kalau sampaikan sesuatu yang baik. Mungkin dengan entry nie, kita akan melakukan sesuatu yang lebih diredhai Allah. Mungkin lebih baik dari semalam dan yang lepas-lepas. InsyaAllah.


Sebenarnya, mase Sydi balik terawih tadi pon, Sydi tengok ade orang tengah gali kubur. Sydi tak kenal, tapi kawan Sydi bagi tau, orang tu tinggal dekat area sini jugak. Tapi arwah tersebut pergi rumah anaknya dekat Terengganu sebab arwah sakit. So, dari Terengganu nak bawak balik ke Perak memang berjam larghh kan. Tadi Sydi tengok diorang gali baru setengah dan mase tuhh dah jam 10:30malam. Mungkin dalam pukul 1:00pagi baru jenazah akan dikebumikan. Sydi tak tahu ape motif tanam tengah-tengah malam. Mungkin arwah dah lama meninggal. WallahHualam.





Sydi dah banyak kali baca tentang tanda-tanda kematian nihh. Untuk apa ?!!! untuk ingatan dan peringatan buat Sydi. Oryte, jom kita baca sambil jadikan pedoman yerkkk. Uhuk, !!!


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya

akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun 
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.



Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan 
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran 
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang 
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah 
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka 
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya

kepada mereka yang diuji dengan 
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita 
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu 
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya. 

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. 
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

sumber :  http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html




TAMAT

HewHeewww, done !!! Harap banyak manfaatnyerr la yerrkk. !!! Daripada Sydi dok updated cerita lawak ja macam entry nie link dan nie link .. Lebih baik Sydi banyakkan updated entry berciri-cirikan keIslaman. Ewaahh, ieyahh, pahala dilipat kali gandakan kot, hehe !!! SELAMAT BERAMAL !! Iklan TV9. Haha, Thankz sudi baca. Kbye










♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Sabtu, 28 Julai 2012



Assalamualaikum
* hello guyz *


27 Julai 2012


Whulawehhh, serius lama Sydi tak updated blog. Sebab apa erkk ?!!!! Sebenarnya sekarang nie bulan Ramadhan kan ?!! Kalau bulan Ramadhan orang buat ape erkk ?!! Haha, mesti larghh puasa, solat Terawih. Bukan tuhh aje, ayah Sydi nie ade company catering, so Sydi pon ikut-ikut la jugak Sabtu and Ahad, kan cuti. Jamuan berbuka puasa. Memang setiap hari kot. Rezeki. Sampai Sydi pon tak dapat berbuka ngan family Sydi. Akak-akak Sydi yang sekolah jerkk ada kat rumah. Sydi saje cari duit poket sendiri. Hehe

Bukan tuhh jekk, minggu nie Sydi ade ujian or peperiksaan selaras 2. Seminggu   dan dalam masa tuhh la Sydi nak prepare baca, ulangkaji dan segala-galanyanya. Sekarang dah habis, dan harap-harapnya markah okeh la yerkk. Oryte, yang tuhh jerkk Sydi nak cerita kenapa Sydi lama tak updated blog. Wehh-wehh, pesal Sydi pi cerita pasal lain nihh, haha. Balik ke pangkal jalan, sebenanya Sydi nak cerita dua cerita lawak. Lawak la jugak kan. Hewheww. Dah pernah bace ke ?!!! Baca sekali lagi boleh ?!!! Hahahahah.







  1. Kalau pasal sembahyang  boleh balik awal !                                                   
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari
nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia
kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah
pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan
datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat
kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

  1. Seram kott !
Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca



 










Adik, charger handsetnya mana ?





TAMAT

Haha, Sydi dah memang tertungging dah baca tuhh. Entah, semenjak dua menjak nihh Sydi suka cerita lawak la. Pergi sekolah kawan buat lawak. Cikgu wat lawak. Orang bulan Ramadhan buat ibadat, amal. Yang ko Sydi buat lawak. Puihhhhh. Oryte, that all. Terima kasih sudi baca. Korang gelak tak ?!! Kalau gelak tergolek-golek macam Sydi, komen larghh yerr. Haha. Kbye













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Khamis, 19 Julai 2012


Assalamualaikum
* Hello Eberybady *


18 Julai 2012


Wuhuuuu, setelah sekian lama tak mengupdated entry, hari nie terasa nak updated sesuatu yang len sikit. Sikit jerkk !!! Sydi nak buat entry lawak. Mungkin selalu baca kat FB or BLOG. Tapi buat-buat tak baca lagi okeh !!! Haha. Lawak pendek. Sebab kalau panjang mesti korang tak nak baca kan ???!! HewHew, so jom baca dan bergelak ketawa. !!! Hahahahahahhaha










Nenek Tua :

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


Panadol :

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”


Seorang Pemburu dan Seekor Singa :

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”


Tahu Tak Sape Aku ? :

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini,.”


Bergaduh ? :

Satu petang kambing sound direct ayam..
"apalah ko ni ayam,baju lawa tapi tak pakai selipar.."ayam yang bengang lalu jawab.. "ko lagi la....janggut panjang alimkonon.....seluar tarak pakai...tak malu...! tak senonoh..!


Sengal ! :


Satu hari sedang sepasang lalat tgh dinner kat satu tempat yg romantik..
tibe² si isteri lalat bersuara "bang ,nape kite hari² makan tahi?
lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende² kotor mase makan....... .tak baik"


Hujan ekk ? :

CIKGU: Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??
ARIP : Hujan lebat cikgu... ...
CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir??
A! RIP : Hujan,cikgu. .. ...
CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??
ARIP : Banjir, cikgu
CIKGU: @#%#@&%#@$


Fostosintesis :


CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.
CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?
DIN : Untuk membuat "tapai" cikgu..
CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!


TAMAT

Oryte, yang tuu jerr pon. Boring erkk ?!!! Ala nanti Sydi updated lagi yang gilersss lagi lawak !!! Haha, Kbye













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Jumaat, 6 Julai 2012



Assalamualaikum
* hello eberybady *


6 Julai 2012


Tadi saja-saja melenggang ke blog-blog hebatt. Tup-tup ternampak entry yang best dan Sydi rasa patut diluaskan dan disampaikan. Entah, tiba-tiba ja tergerak nak masukkan entry nie. Jom kita tengok satu persatu maksud yang tersurat dan tersirat dalam gambar kat bawah nie. Supaya kita dapat jadikan teladan dan lebih bersyukur sikitttt ! Haha.
























Okeh dah faham maksud-maksud disebalik gambar-gambar dan kata-kata kat atas tuh. Harap sama-sama jadkan teladan. Kbye.













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...