Jumaat, 9 November 2012




Assalamualaikum
* hello guyz *



9 November 2012



Fulawehhh, lama kot tak updated entry !!! Rindu   ??? Of course. Exam dah habis dan bulan cuti nie Sydi nak luangkan masa untuk updated entry. InsyaAllah. Entry kali nie Sydi nak share pasal bra. BRA ??? Yup, bukan nak mengutuk atau mempersendakan kaum wanita tapi nie adalah kenyataan for kaum lelaki. Lelaki pakai bra ??? Yup walaupun tak logik langsung. Ini adalah tabiat orang Jepun lelaki. Bra atau coli dalam bentuk dan warna OK !!! Orang Jepun kan pelik-pelik sikit.







Mulanya Sydi ingat ia hanyalah lawak bodoh, namun rupanya ada banyak lama web yang menjual bra secara tersusun dan profesional. Ia mula dijual oleh sarikat Wishroom mulai tahun 2008 dan dikatakan mendapat permintaan luar biasa banyak, Ia dijual di laman Rakuten. Satu persoalan. apa perlu benda ini dipakai lelaki ??? Ada yang kata, ia kononnya membawa sifat wanita dalam diri lelaki. Senget benorrr. Apa sajalah labu !










Yang pasti jangan la rakyat Malaysia nak cuba. Lelaki nak pakai untuk apa. Tak berfaedah pon. Huhu. Oryte, itu jerr. Terima kasih sudi baca entry Sydi. Kbye..




SumbermyNewshub













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Khamis, 4 Oktober 2012




Assalamualaikum
* hello uolsss *




4 Oktober 2012



Oryte, entry kali nie Sydi nak sentuh sikit tentang kemalasan Sydi dan beberapa blogger  untuk updated entry. Semestinya yang paling malas titee larghh kan. Hehe, walaupun hanya satu entry dah terasa malas. -.-. Kenapa erkk ?!! Dulu kemain lagi semangat kau nak updated blog tapi sekarang hampehhh. Sampai niat sehari mesti sekurang-kurangnya satu entry. Nahh, sekarang setengah bulan satu entry. Ko hadoo !!! What the problem guyz ?!! Mesti ada sebab kan, mungkin busy ?!! kan kan kan...









Mungkin ade punca yang dapat kita selitkan kenapa Sydi dan blogger-blogger lain malas nak updated blog. Facebuku boleh pulak kan !!! Maaf Sydi sindir diri sendiri. Hoho, Mungkin sebabnya termasuk :


  
1. I tak tahu nak mengupdated apa !!! Ini antara masalah malas nak updated blog. Dah la tak derr idea nak updated apa. Nak taip pon rasa macam ada batu belah batu bertangkup ja  kat tangan. Like status friend kat FB boleh pulak kan ?!! Tak penat pulak. Sampai tuan punya facebook pon meluat. Sape la tuh.
    

2. I suka lupa apa yang nak dipostkan setiap kali I tekan new post !!! Nie pon jadi masalah. Lain kali jangan letak dah button for new post. 


3. Tajuk and cerita yang nak dipostkan maybe boring untuk follower I bace !!! Derrr, ade kerr follower U nak bace ?!! Ke terpaksa jerr follow !.


4. Hari hari I dok usha usha search kat En. Google nak cari idea. Tapi sejak 23jam 12minit yang lalu. Masih blurrr nak post apa !!


5. Yeahh !!! I know nak tulis apa, OMG !!! okayh fine, hampir sama dengan post orang lain pulakk dohh.


6. Hari nie I dan set nak tulis pasal percutian I with family di Langkawi time cuti lepas. Yeahhh, mesti mantop punyalah.. 

Oryte, gambar tak der pulak. Kang tak superbb entry I !!! Lagi pun I lupa apa I buat kat sana !!! -.-


7. And the last one, bila dah taip panjang panjanggg sampai penat menaip even lagi sikit nak habis, akhirnya post nie masuk jugak draft. And asyik kumpul punya kumpul akhirnya tercetusss larghh DRAFT ALBUM. Mulalah I rase nak DELETEEE sajaaaa semuanyaaaa sampai entry I pon tinggal satu dua tiga sajaaaa !!!



Tujuh perkara inilah yang sering kali dan berkali kaliiii terjadi kat diri saya. so, anda macamm mana ?!!! sama macam saya ?!! Atau bakal jadi macam saya ?!!

So harap-harap tabiat malas updated entry nie akan beransur pulih. Sebab dah jadi kanser and susah nak ubat. Agak-agak ada tak Giveaway blog TERmalas ?!! Kalau ada Sydi mau join, jangan lupa inform saya. Pasti saya join. Haha. Thankz sudi baca. Bye















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Isnin, 17 September 2012



Assalamualaikum
* hello guy *




17 September 2012



Wohaaa, Alhamdulillah semua sakit kepala selama nie disebabkan masalah tertentu dapat diselesaikan yang macam Sydi cerita dalam entry ini LINK. Oryte, sekarang Sydi nak cerita macam mana kita nak promote entry. Mungkin korang dah tahu tapi bagi yang tak tahu lagi bolehlah baca kat sini dan yang dah tahu pon WAJIB baca jugak. Haha, kejamm. Banyak kelebihan kalau kita selalu promote entry kita dan seterusnya blog pon akan terpromote. Hehe








Sebenarnya Sydi dulu selalu promote entry dalam kelab blogger Ben Ashaari ja. Ala blogger terkenal tuh. Hewheww. Tapi sekarang Alhamdulillah dah rajin nak mengngeping entry kat dalam semua kelab. Tak kiralah kelab blogger Lyssa Faizureen kerr, Lulu Cardina kerr. Kesan daripada promote atau ping entry nie orang akan tahu yang kita ada entry baru dan orang akan baca, tak larghh terpendam jerr kan entry kita.


Sydi dah join 15 kelab blogger. Sebenarnya ada beratus kelab blogger nih tapi tak dipromote orang tak tahu la kan. Kalau yang dah tahu kesemua link kelab blogger yang Sydi nak share nihh tak perr larghh. Harap-harap kalau dan join banyak largh manfaatnyerr kehh. 





Okeh, itu larghh link kelab blogger yang sudah Sydi join. Ehh-ehh, semalam Sydi ada buat fanpage untuk blog Sydi nihh. Mula-mula tak nak buat sebab takut tak der yang nak like, tapi setelah difikirkan balik, apa ruginya kalau orang tak like kan. Buat fanpage nihh bukan kena bayar pon. Hehe, dikesempatan nihh Sydi nak mintak kepada sesiapa yang sudi nak like fanpage Sydi bolehlargh ke  www[dot]rusydimustaffa[dot]com. Jasa baik anda amat dihargai. Okeh itu jerkk, thankz sudi baca. Byee
















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Isnin, 10 September 2012



Assalamualaikum
 * Salam Syawal *



10 September 2012



Wohaaa, sihat ?!! Dah habis demam Raya ?!! Kuih Raya dah habis ?!! Oryte, sebenarnya Sydi rasa Sydi tak layak pon nak mengENTRYkan entry nie. Yang bertajuk Ciri-ciri blog yang menarik untuk dibaca. Tapi disebabkan Sydi kebuntuan nak updated apa, so Sydi pon memberanikan diri nak buat entry nie. Sydi takut orang kata, 'Entry kau pon cam tah hapa-hapa, ada hati nak wat entry cam nie'. Hurmm, Sydi hanya nak berkongsi bukan niat nak bermegah-megah. 



Okeh, macam Sydi dulu-dulu, entry Sydi pon tah hapa-hapa jugak. Tak ada unsur sebab apa Sydi updated blog/entry. Tapi sekarang Sydi dah ada motif sebab apa Sydi buat blog. Iaitu untuk kehidupan atau diary dan semasa iaitu yang terbaru mengikut arus masa. Jadi dalam menceritakan sesuatu, kita kena berfikiran kreatif dalam buat entry. Walaupun orang tak suka, janji kita puas hati. Sydi suka blog yang penulisannya matang (ewahh, hahaha), ada selitkan jenaka tak terlalu serious, mantap dan tak terlalu panjang. Jom tengok apa yang Sydi suka dan mungkin korang pon suka. InsyaAllah..







KEMAS DAN MUDAH DIBACA


Entry yang kemas dan mudah dibaca memang ramai yang akan suka. Bukan sekadar entry, blog pon kena la kemas jugak. Kalau widget yang terlampau banyak tuhh buang-buang larghh yerkk. Memang tak dinafikan Sydi dulu pon dalam entry dan blog kalau boleh nak warna hijau,purple,merah sampai nak selang-selang larghh. Satu perenggan warna lain, perenggan lain warna lain. Haha, memang akan terjadi yerr tak ?!!! Lagi satu tulisan jangan larghh terlalu kecik kemetot, susah nak baca tambah-tambah yang specky kan. Sydi guna Verdana. Baru jerk tukar. Hehe...



TULISAN YANG MUDAH DIBACA 


Memang tak dinafikan hampir 50% daripada blogger yang guna bahasa SMS. Mungkin korang selalu berSMS dengan seseorang dan terbawak-bawak ke dalam blog dan kalau dah terbawak-bawak ke dalam blog tak mustahillah akan terbawak ke dalam buku sekolah kan ?!! Haaa, masa nie larghh akan kena marah dengan Cikgu. Sorry, Sydi masih dibangku sekolah dan pernah terkena macam nihh. Hehe, serik kot. Memang penulisan panjang-panjang nihh agak skema tapi amat membantu. Sydi tak kan baca entry yang ada penulisan macam tuhh. Kureng paham.



ENTRY TERLALU PANJANG


Panjang ?!! haaa, entry yang panjang memang akan menjadi beban untuk kita yang membaca. Tidak dinafikan idea kita untuk menulis memang bertimbun-timbun, tapi yang nak baca tuhh sanggup kerr ?!!! Kalau kita pon tak nak baca entry yang panjang-panjang, orang lain pon mesti macam tuhh jugak kan. 



ENTRY YANG SOPAN DAN BERNAS


Maksud entry yang sopan dan bernas macam ayat-ayat yang baik, tak singgung perasaan orang lain yang baca, dan yang penting tak mencarut. Pernah Sydi terbaca entry yang mungkin dia frust dengan ex-boyfriend dia sampai dalam entry dia terselit ayat-ayat lucah dan tak sedap dibaca. Bukan semua orang suka ayat lucah dan carut-carut nie, kan entry melambangkan keperibadian. So kalau entry pon dok mencarut tak mustahil kehidupan dia pon macam tuhh yerr tak ?!! Hewheww.


Ortye, yang tuh jerk Sydi dapat sharekan. Setiap manusia mana ada yang sempurna kan. Tak kiralah dalam blog mahupun kehidupan. Harap-harap entry nie dapat membantu dan bermanfaat. Thankz sudi baca. Bye 














♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Selasa, 4 September 2012


Assalamualaikum
* Salam Syawal *




4 September 2012



Wittt-wittt !!~ Banyak duit raya dapat ??! korang mestilahh kan. Tapi duit raya Sydi tak sampai RM3** pon. Tahun nie raya kat rumah jerkk. Sebab dah besor, form 2. Tak kan nak ke rumah orang lagi kot. Tahun lepas masih pergi, tapi hanya jiran selang 2, 3 rumah jerkk. Tapi rumah sanak-saudara mesti larghh pergi yer dak. Sebab family pergi, tak kan Sydi tak pergi kot ann. Ehhh-ehh, raya nie sebab nak meraikan setelah penat sebulan berpuasa atau nak melantak duit raya orang ?!!! Haha.


Okeh, sebenarnya Sydi nak cerita sebab kenapa hampir 3 minggu Sydi tak updated entry. Rindu kat blog ?!! mestilah kan. Tapi masalahnyerrr punnnn sebab banyak kerja sekolah. Folio kauuu !!! Tiga pulak tuhh dalam sekali gusss !! Yang tuhh jerk erkk Sydi alasannya ?!!! Haaaa, ada lagi. Sebab kedua ialah, Sydi kerosakkan NETBOOK !!! Okeh cam nie ceritanya. Malam raya. Macam tahun-tahun yang lepas. Sydi akan ke kampung yang kira-kira 40km dari rumah Sydi dan disitu jugaklah perkhidmatan catering ayah Sydi di jalankan.


macam nie largh ..screen retak.. 


Sydi dengan ayah Sydi jer yang pergi malam tuh. Sebab yang lain tengah mendekorasi rumah.. Ewahh !!! Dalam jam 10:30malam kami sampai. Dah sampai tengok diorang tengah main bunga api, mercun dan segalanyaaa. Memang geram jugak tengok, jiran sebelah bummm sana bumm sini, yang sedara-sedara Sydi pon macam melawan.. Haha. Tapi Sydi kena tolong ayah Sydi. Huaaa. Okeh dalam 2 pagi siap. Sydi pon masuk rumah nenek Sydi dan tengok tv. Sambil makan-makanan macam nasi briyani dengan ayam dan banyak lagi. Kan banyak cerita best malam raya. Bergelak larghh kami yang masih tak tidur lagi.. Pukul 4pagi baru tidur. Rutin setiap malan raya. WAJIB !!


Pagi raya ?!!! Haaaa, nie larghh yang sedihnyaa. Dalam pukul 7 pagi Sydi dengan ayah Sydi dah packing lauk-pauk untuk diagihkan kepada yang tempah.  Memang setiap tahun macam tuhh. Pukul 8:15 siap agihkan. Ayah Sydi pon bawak balik lauk-pauk dan nasi yang memang khas diamasak untuk rumah Sydi pulak. Pukul 8:30 ayah Sydi bergegas balik. Sebenarnya ayah Sydi nak solat raya disana. Tapi sydi tak bawak baju raya kauuuu. Huaaa, mase tuh jalan pon tak sesak sangat. Sampai rumah orang dah solat. Ayah Sydi kata 'Tak derr rezeki nak solat raya tahun nie'. Hurmm, mak Sydi dan akak Sydi pergi larghh. 


Dah sampai rumah Sydi pun bersiap. Baju kelabu tema tahun nie dengan sampin. Cantik kot warna uhh !!! Haha, puji sendiri.. Sydi bermaafan dengan ayah Sydi dan mak Sydi setelah pulang dari solat. Dah selesai solat. Orang datang rumah Sydi.. Memang full. Dalam 40 orang masjid datang. Hari raya kan.. Memang setiap tahun macam nie. Mak and akak Sydi pon balik setelah solat raya dan menziarahi kubur atok Sydi. Al-fatihah. Ruginya tahun nie tak dapat pergi. Grrrrrrrrrr. Dari pagi sampai ke petang tak henti-henti orang datang. Kawan Sydi dua orang jerkk datang. Yang lain balik kampung kot. 


Raya kedua ?!!! Time sedesss, Sydi tengok netbook Sydi screen pecahh !!! Memang rasa nak cari jerkk sape yang pijak !!! Mungkin budak-budak datang raya diorang berlari sana sini terpijak kan. Hehhh, geram jugak larghh. Skang nie terpaksa updated guna lappy akak Sydi. Malam raya kedua kami ke rumah paknjang Sydi. Makan laksa. Sedap o0oo. Nyumnyumm. Raya ketiga start larghh catering ayah Sydi di kenduri kahwin. Rumah Sydi dari tebuka hingga rumah tertutup. Family semua pergi. Raya ketiga, lima dan keenem masih ada cateriing yang harus dikendalikan. Kenduri kahwin dan rumah terbuka. Rezeki kan.. 


Raya ke keempat tiada catering dan mase tuhh largh rumah terbuka diadakan di rumah Sydi. Adik-beradik ayah Sydi ada sepuluh orang. Ayah Sydi sulung, so  yang sulung kena start rumah terbuka dulu. Antara makanannya ialah udang petai, masak lemak kerang, ayam berkicap, ikan bakar, sambal dan ulam, ikan sumbat, sayur keladi, dan makanan sampingan lain macam bihun sup, nasi impit dan kuih muih. Motif utama rumah terbuka ialah untuk buka puasa nenek Sydi yang puasa enam. Setiap tahun memang akan buat macam nie. Bayangkan 43 cucu, 10 anak, 10 menantu datang rumah. Haha, dan malam tuh kami main mercun. Pukul 12 diorang balik. Jiran sydi pon ada datang dalam empat biji rumah dan dalam 15 orang...


Dan kalau ayah Sydi tak ada catering rumah yang lain pulak akan buat. Sabtu nie 8 September rumah njang Sydi di kuala Kangsar. Hehe. sekaran nie dah 6 orang buat. Lagi 4. Tapi yang lagi satu tak buat sebab diorang tinggal KL. Meriah tak ??!! Meriah kann. Memang meriahh. Setiap tahun perkara yang sama 
akan berlaku. " Semoga ikatan kekeluargaan kekal Terjalin ". Itu jerkk. Hehe, byebye. Maaf ini diary not newzz. 


Gambar akan diupload dalam masa terdekat....  :*














♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Jumaat, 10 Ogos 2012



Assalamualaikum
* hello eberybady *



11 Ogos 2012



Wohaa, lame erkk Sydi tak updated entry ?!!! . Maaf yerrk. Tapi ade ker yang nak baca walaupon Sydi updated ?!! (menangis seminit). Hurmm, tapi Sydi tetap akan updated walaupon korang tak baca. Sebab blog larghh tempat yang best untuk lepak. Hakhakhak, sebab Sydi dah jemu dengan Facebook. Twitter ?? Lagi la hampehhh. Sebulan sekali ja Sydi bukak Twitter. Hehe.


Okeh, sebenarnya Sydi nak cerita pasal bekal makan. Bekal makan ?!!! Dulu zaman sekolah rendah selalu bawak. Save bajet erkk ?!! Haha, tak lorghh. Dulu masa darjah 6 kan, setiap hari ada kelas tambahan. Kan nak UPSR. Start kelas tuhh pukul 2 petang. Dalam pukul 1:30 mak or kakak Sydi akan datang bawak bekal. Kawan-kawan Sydi pon mak ayah diorang bawak. Kalau kawan-kawan bawak tak kan larghh Sydi tak bawak pulak kan. Nanti terpinggir pulak sebab kantin tak bukak, kan dah petang.


So, Sydi pon makan larghh. Mak Sydi masak sedap o0oooo. Nyumnyumm.. Hehe, biasalah, air tangan mak sendiri mana nak sama dengan orang lain kan. Tapi, Sydi teringat zaman sekolah rendah dulu. Cikgu-cikgu, kawan-kawan. Hurmm, berbeza dengan sekolah menengah. Tapi nak belajar. Ape boleh buat. Masa kan bergerak. Ohhh stop, tak yah sedih-sedih. Jom kita tengok koleksi bekal makan yang unik. Bekal makan Sydi tak larghh macam tuhh. Haha... 
























Terfikir japp. Apa motif diorang hias macam nie errk ?!! Mungkin untuk menarik perhatian anak-anak diorang makan. Mungkin jerr larghh. Dari segi persembahan macam untuk kanak-kanak. Tak kan larghh pergi pejabat bawak bekal ade gambar angry bird kot. Hakhakhak, tak ker pelik. Tak pasal-pasal kena cop gilersss !! Tapi apa salahnya kan. bukan orang nak cek pon ko bawak apa, lauk apa, sedap kaa kan.. 


Memang kreatif larghh. Rasa tak sanggup nak makan. Tapi makanan mesti larghh untuk makan. Tak kan untuk simpan pulak kan !! Oitt, nie bulan Ramadhan kan. Puasa kan ?!! Haha, sorry. Sydi updated malam. Kalau yang baca waktu siang jangan nak rasa "TERLAPAR" pulak. Haha, kang masalah pulak. Hehe. Oryte, tuhh jerkk. Thankz sudi baca entry Sydi. Kbye










♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Sabtu, 4 Ogos 2012



Assalamualaikum
* Hello guyz *



5 Ogos 2012








Wohaaa, perr citerr ?!!! Sihat ?!!!. Kalau sihat Alhamdulillah. Oryte, hari nie Sydi nak buat entry dengan tajuk "Tutorial Solat Sunat Tasbih". Awat, ingat tutorial mencantikkan blog erkk ?!! Haha, tak lorghhh. Tutorial bermaksud mengajar atau panduan kan ?!! Tutor. Jadi ramai yang tak tahu apa kelebihan solat sunat tasbih nie. Semperna dengan bulan Ramadan Al-Mubarak nie, ramai yang buat solat sunat nihh. Tak kiralah berjemaah kerr, ataupun seorang. Dekat Masjid rumah Sydi ramai yang dah buat. Sydi pun join. Sebagai panduan, kalau dah tahu tak perr..


Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1.     Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2.  Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ 
الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami,  kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.



Alhamdulillah


Sudah baca, jangan rasa bosan or muak. Sebab sangat berguna. InsyaAllah. Mungkin nanti Sydi akan updated entry pasal solat sunat lain pulak ?!!! Haha, mesti !! Dalam hiburan kena selitkan ilmu agama jugak. Baru la seimbang. Hewhewww, orytee, itu jerkkk. Kbye









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Selasa, 31 Julai 2012



Assalamualaikum
* hello eberybady *



31 Julai 2012






Amboihhh, awal-awal lagi dah tempek gambor. Sydi tahu korang mesti rase takut dengan gambar yang Sydi letak tuhh. Ape nak buat, itulah fitrah hidup. Semua akan kesana, tak kiralah berjawatan kecil kerr besor kerr. Semua akan  ke tanah jugak kan. Hari nie, Sydi nak share tanda-tanda kematian. Sekarang bulan Ramadan, so banyak manfaat yang kita dapat kalau sampaikan sesuatu yang baik. Mungkin dengan entry nie, kita akan melakukan sesuatu yang lebih diredhai Allah. Mungkin lebih baik dari semalam dan yang lepas-lepas. InsyaAllah.


Sebenarnya, mase Sydi balik terawih tadi pon, Sydi tengok ade orang tengah gali kubur. Sydi tak kenal, tapi kawan Sydi bagi tau, orang tu tinggal dekat area sini jugak. Tapi arwah tersebut pergi rumah anaknya dekat Terengganu sebab arwah sakit. So, dari Terengganu nak bawak balik ke Perak memang berjam larghh kan. Tadi Sydi tengok diorang gali baru setengah dan mase tuhh dah jam 10:30malam. Mungkin dalam pukul 1:00pagi baru jenazah akan dikebumikan. Sydi tak tahu ape motif tanam tengah-tengah malam. Mungkin arwah dah lama meninggal. WallahHualam.





Sydi dah banyak kali baca tentang tanda-tanda kematian nihh. Untuk apa ?!!! untuk ingatan dan peringatan buat Sydi. Oryte, jom kita baca sambil jadikan pedoman yerkkk. Uhuk, !!!


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya

akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun 
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.



Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan 
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran 
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang 
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah 
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka 
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya

kepada mereka yang diuji dengan 
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita 
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu 
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya. 

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. 
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

sumber :  http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/392-tanda-tanda-kematian.html




TAMAT

HewHeewww, done !!! Harap banyak manfaatnyerr la yerrkk. !!! Daripada Sydi dok updated cerita lawak ja macam entry nie link dan nie link .. Lebih baik Sydi banyakkan updated entry berciri-cirikan keIslaman. Ewaahh, ieyahh, pahala dilipat kali gandakan kot, hehe !!! SELAMAT BERAMAL !! Iklan TV9. Haha, Thankz sudi baca. Kbye










♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...