Isnin, 10 September 2012

Ciri-ciri entry yang menarik untuk dibaca



Assalamualaikum
 * Salam Syawal *



10 September 2012



Wohaaa, sihat ?!! Dah habis demam Raya ?!! Kuih Raya dah habis ?!! Oryte, sebenarnya Sydi rasa Sydi tak layak pon nak mengENTRYkan entry nie. Yang bertajuk Ciri-ciri blog yang menarik untuk dibaca. Tapi disebabkan Sydi kebuntuan nak updated apa, so Sydi pon memberanikan diri nak buat entry nie. Sydi takut orang kata, 'Entry kau pon cam tah hapa-hapa, ada hati nak wat entry cam nie'. Hurmm, Sydi hanya nak berkongsi bukan niat nak bermegah-megah. 



Okeh, macam Sydi dulu-dulu, entry Sydi pon tah hapa-hapa jugak. Tak ada unsur sebab apa Sydi updated blog/entry. Tapi sekarang Sydi dah ada motif sebab apa Sydi buat blog. Iaitu untuk kehidupan atau diary dan semasa iaitu yang terbaru mengikut arus masa. Jadi dalam menceritakan sesuatu, kita kena berfikiran kreatif dalam buat entry. Walaupun orang tak suka, janji kita puas hati. Sydi suka blog yang penulisannya matang (ewahh, hahaha), ada selitkan jenaka tak terlalu serious, mantap dan tak terlalu panjang. Jom tengok apa yang Sydi suka dan mungkin korang pon suka. InsyaAllah..







KEMAS DAN MUDAH DIBACA


Entry yang kemas dan mudah dibaca memang ramai yang akan suka. Bukan sekadar entry, blog pon kena la kemas jugak. Kalau widget yang terlampau banyak tuhh buang-buang larghh yerkk. Memang tak dinafikan Sydi dulu pon dalam entry dan blog kalau boleh nak warna hijau,purple,merah sampai nak selang-selang larghh. Satu perenggan warna lain, perenggan lain warna lain. Haha, memang akan terjadi yerr tak ?!!! Lagi satu tulisan jangan larghh terlalu kecik kemetot, susah nak baca tambah-tambah yang specky kan. Sydi guna Verdana. Baru jerk tukar. Hehe...



TULISAN YANG MUDAH DIBACA 


Memang tak dinafikan hampir 50% daripada blogger yang guna bahasa SMS. Mungkin korang selalu berSMS dengan seseorang dan terbawak-bawak ke dalam blog dan kalau dah terbawak-bawak ke dalam blog tak mustahillah akan terbawak ke dalam buku sekolah kan ?!! Haaa, masa nie larghh akan kena marah dengan Cikgu. Sorry, Sydi masih dibangku sekolah dan pernah terkena macam nihh. Hehe, serik kot. Memang penulisan panjang-panjang nihh agak skema tapi amat membantu. Sydi tak kan baca entry yang ada penulisan macam tuhh. Kureng paham.



ENTRY TERLALU PANJANG


Panjang ?!! haaa, entry yang panjang memang akan menjadi beban untuk kita yang membaca. Tidak dinafikan idea kita untuk menulis memang bertimbun-timbun, tapi yang nak baca tuhh sanggup kerr ?!!! Kalau kita pon tak nak baca entry yang panjang-panjang, orang lain pon mesti macam tuhh jugak kan. 



ENTRY YANG SOPAN DAN BERNAS


Maksud entry yang sopan dan bernas macam ayat-ayat yang baik, tak singgung perasaan orang lain yang baca, dan yang penting tak mencarut. Pernah Sydi terbaca entry yang mungkin dia frust dengan ex-boyfriend dia sampai dalam entry dia terselit ayat-ayat lucah dan tak sedap dibaca. Bukan semua orang suka ayat lucah dan carut-carut nie, kan entry melambangkan keperibadian. So kalau entry pon dok mencarut tak mustahil kehidupan dia pon macam tuhh yerr tak ?!! Hewheww.


Ortye, yang tuh jerk Sydi dapat sharekan. Setiap manusia mana ada yang sempurna kan. Tak kiralah dalam blog mahupun kehidupan. Harap-harap entry nie dapat membantu dan bermanfaat. Thankz sudi baca. Bye 














♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

2 budax ch0mel k0men ♥:

ecadwinkyasha berkata...

setuju :)

Unknown berkata...

dulu banyak dengar complain orang.. tulisan x nampak..terus ubah.. :)

good sharing bro..

www.kisahsigemok.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...