Khamis, 31 Mei 2012


Assalamualaikum
* hello millow *

30 Mei 2012


Setelah sekian lama sydi dok berangan nak buat pizza akhirnya hari nie jadi jugak nak buat. sebenarnya tadi dalam kol 2 petang sydi and family g keluar beli barang untuk kenduri khatam Al-Quran nanti. memacam larghh beli. alarghh kalau kenduri mesti bagi cenderahati kan ? haha, so belilah dari kanak-kanak sampai la ke dewasa. sape datang untung largh. okeh, dari kol 2 sampai kol 5 kitorang membeli-belah. tiba-tiba terlintas dalam pikiran sydi nak beli barang untuk buat buat pizza. tros p beli largh. hentam jer ape yang ada kat situ.

sydi beli hotdog, daging burger, cheese and bahan bahan nak buat doh. sydi guna duit sydi. ! haha. memang sydi saje nak guna duit sendiri and sydi tak nak mintak sape pon tolong. habis gak RM30 hengget. ye largh, hotdog yang ade cheese tuhh dalam 5 ringgit, daging buger ramli dalam 5 ringgit gak, cheese lagi, tepung, mauripan and lain-lain lagi. sydi tak bagi tau parent sydi pon nak beli. jahat tak. oke la 30 ringgit.

dah sampai rumah baru sydi bagi tau family sydi. diorang pon pelik. nape tiba-tiba sydi nak buat. haha.tu larghh internet nih banyak faedahnya. sydi taip jer pizza berjuta kluar. tros rasa nak buat. tapi masalahnya sydi  tak reti buat doh dia. sos untuk topping dia sydi reti la buat. so terpaksa la mintak pertolongan akak sydi. dia pon buat doh pizza. sydi pula dok potong hotdog, lenyek daging and masak sos. boleh la masak-masak nie. haha. dalam kol 10 baru siap semuanya.tinggal nak masukkan dalam oven jer lagi. tak sabor nak rasa nih. hee

sambil nak tunggu masak sydi pon layan larghh cita tv9. conetto duda dan dara? haha. tegasnya sydi bukan tengok sangat pon. layan masterchef selebriti lagi best. huhu. tunggu punya tunggu. akhirnya akak sydi kata dah masak. horee-horee. tak sabor nak makan nih. dengan rakusnya sydi pon melahap dengan family sydi. ade yang kate ok dan ko. haha. yang ko tuhh sebab dohh dia kurang masak, sebab tebal sangat kot. huaaa. tapi bagi sydi pizza terbaik selain pizza hut. haha. akak sydi la punyak pasal nie. sambil asap kluar kat  telinga.! okeh. mehh tengok gambar yang sydi snap tadi. btw, pizza bawah nie nyaris-nyaris nak masuk mulut sydi dah. haha



haha. nie larghh hasilnya. maaf la guna phon jer. tak der mase nak amek kamera. haha. gelojoh la katekan.
cheese and mayonis saje bagi extra. btw, sydi buat dua. satu untuk makan malam nie and satu lagi nak bawak balik kampung esok. hehe. nak tengok reaksi diorang plak. 



sebijik tak macam sydi buat. same kan ? ala jujur jer la. kan senang. haha. bagi sydi pizza nih 100% but pizza sydi only 99%. haha. nak sama la tuh. 

satu jer pon dan sydi nak snap. tak dan nak snap time tengah makan. haha. kalau snap nanti tros hilang selera plak. makan kena hayati. baru masuk dengan tenang. bagi sydi, bolehlah pizza tuh sebab ni homemade not kedaimade ok. kat dalam freez ade lagi bahan tuh. kalau kali ke dua buat mesti kebabom punya. haha. ke rentung jadinya. oryt, pizza dah konyang makan. time to sleep. nyte. byebye

  • for resepi boleh ke link :- ini ataupun yang ini
  • note :- selamat mencuba. gerenti yummyy-yummyy







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Rabu, 30 Mei 2012

Assalamualaikum
* hello blogger *

30 Mei 2012

Cuti-cuti nihh memang best kalau baca artikle yang tak masuk akal dan menjijikkan. korang suka ? haha. tengok tajuk memang dah menjijikkan. '' Dari tikus bertukar jadi daging ayam ''. macam mana tuhh. macam nie, diorang kat oversea menukar ayam kepada tikus. sebab tikus sebijik macam peha ayam dan rasanya pon yummy macam ayam. werkk, p muntah jap. okeh, dah puas membuang. sekarang nie kita tengok article yang sydi baca tadi.





Nak tengok betapa ‘hebatnya’ dari seekor tikus boleh ‘ditukarkan’ kepada daging ayam?
Jangan panik!
Di sini, penulis hanyalah ingin membuka mata pembaca-pembaca bahawa di negara-negara luar, kadang-kadang kita mungkin terpedaya dengan cara makanan yang dijual atau dihidangkan di negara mereka.
Di China misalnya, penduduk-penduduk di sana ‘begitu bijak’ menukarkan seekor tikus menjadi daging ayam yang begitu lazat!
Pada peringkat awal untuk ‘menukarkan’ hidangan tikus kepada ayam, mereka akan membakar tikus terlebih dahulu.
Kemudian, daging tikus itu diperap untuk seketika sebelum digoreng.
Selepas cukup masa, daging tikus digoreng dan hasilnya menampakkan seperti seketul peha daging ayam yang begitu lazat!
Malah, kalau dinikmati peha daging ‘ayam’ itu, mungkin anda akan percaya kerana ketulan daging tikus itu sama dan mempunyai lemak-lemak seperti peha ayam.
Jadi, nasihat penulis, berhati-hati sekiranya anda pergi bercuti ke luar negara dan pastikan memilih kedai-kedai makanan dengan betul dan terjamin halalnya.

Okeh, jom kita tengok step by step cara penyediaan :-


first bakar tikus tuh dengan api yang kuat. werkk


potong tikus dan buang segala usus seperti ayam


peratkan isi-isi tikus dengan rempah ratus. macam perap ayam goreng.


isi-isi tikus digoreng dan setelah itu daging tikus akan nampak sebijik macam peha ayam. hurm. yummy


setelah siap digoreng, bolehlah dihidang dengan sos atau pecicah len.


tudiaaaaaaaan, macam peha ayam kan. nampak sedap ? yummy-yummy.

Haha seyess sydi tak makan lunch (makan tengah hari) sat lagi. geli geleman tengok. tikus yang dok dalam sampah, tong   sampah menjadi hidangan. MasyaAllah. tak boleh dibayangkan. btw, entry nie adalah sebagai entry untuk kita berhati-hati semasa di oversea. skang kan cuti sekolah. so ramai yang bercuti. hati-hati. hehe. byebye.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥


Assalamualaikum
* hello eberybady*

30 Mei 2012

Tengah sydi dok bejogging kat fb sydi terlihat satu tajuk yang macam nie " Lelaki China Jual Daging Manusia ". sydi pon tros mengedik tekan link tuh dan baca dengan kusyuk. haha, nampak sangat gelojoh. kalau daging manusia pon nak makan, daging lembu or kambing sape nak makan. ! alamatnyaa. lembu pon makan daging manusia la. dah lembu telalu banyak dari manusia. ahakz , stop membebel. btw meh baca actikle nih, at China oke, not Malaysia. 







BEIJING – Polis di barat daya China menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh lebih berbelas-belas kanak-kanak dan remaja lelaki sebelum memotong anggota tubuh mangsa dan menjual daging mereka kepada pelanggan yang tidak sedar ia daging manusia, menurut laporan semalam.
Pihak polis membuat penemuan ngeri itu semasa menyiasat kehilangan sekumpulan remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu, menurut laporan media China dan Hong Kong.
Suspek utama dikenali sebagai Zhang Yongming, 56, yang ditahan dua minggu lalu di kampungnya di Nanmen, Yunnan.
Dia mulanya disiasat beberapa bulan lalu atas pembunuhan seorang pemuda berusia 19 tahun penghujung April dan beberapa lagi orang lain yang hilang, lapor laman web Guangxi News.
Ketika anggota polis memeriksa rumah Zhang, mereka menemui telefon bimbit lelaki itu, kad bank dan bukti lain, menurut web berita itu yang turut melaporkan bahawa lebih berpuluh-puluh remaja lain hilang dari kampung sama sejak beberapa tahun lalu.
Zhang dikatakan suka menyendiri dan tidak pernah bercakap dengan jirannya. Dia pernah dipenjara 20 tahun kerana membunuh dan dikenali di kampungnya sebagai ‘raksasa pemakan daging’.
Penduduk juga memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka sering melihat beg plastik hijau mengandungi tulang putih tergantung di rumahnya.
Akhbar Hong Kong, The Standard melaporkan anggota polis menemui biji mata manusia yang diawetkan dalam botol ‘seperti arak ular’ dan beberapa cebisan daging manusia tergantung dipercayai untuk dikeringkan sebaik mereka memasuki rumah Zhang. – AFP

Dah baca kan. bagoz. ngeri kan dan menjijikkan. okeh yang tuhh ja sydi nak cerita. byebye.








♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Isnin, 14 Mei 2012


Assalamualaikum
*hello eberybady*

14 Mei 2012

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Jumaat, 11 Mei 2012


Assalamualaikum
*hello blogger*


11 Mei 2012


okeh, kat atas tuh merupakan gambar seekor haiwan aka raksasa yang ditemui oleh seorang penternak semasa dia hendak merakam or mengambil gambar pelangi. haha, sydi nampak tak besar sangat. tapi raksasa. mestilah besar. dalam astro saluran 550 hari tuh, sydi ada tengok gambar raksasa macam nie. tapi diorang kata dinasour. haha, masih ada lagi ka dalam alam nie. kate dah pupus.Allah maha kuasa mana kita tahu. sehingga kini haiwan itu masih tidak dapat dikenal pasti haiwan apa.

selain itu, penternak nie kate yang raksasa ini macam Loch Ness dan orang lain mengatakan raksasa ini ialah Nessie. pada tahun 1833 dulu, sepasang suami isteri menyatakan yang mereka nak lihat seekor haiwan yang ganjil melintas dihadapan mereka. akhirnya mereka melihat Loch Ness seekor raksasa benar-benar melintas dihadapan mereka. fuyoo, apalah riaksi diorang kan. terkejut ? takut ? ataupun hanya wat muka slumber ?. haha. oryte, yang tuh jerr yang sydi nak ceritakan .byebye





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Khamis, 10 Mei 2012


Assalamualikum
*hello-eberybady*

10 May 2012





sedang dok asyik dengan facebook sydi ternampak satu cerita yang kureng masuk akal. tapi cerita ini adalah benar-benar dan bukan dongeng. kalau ikan pari pon boleh jadi pelepas nafsu serakah apa nak jadi dengan manusia sekarang. haiwan yang tak berdosa dan berbahaya menjadi bahan. haha.memang lawak. cerita ini terjadi di sebuah perkampungan nelayan di Sabah. lelaki ini dah 3,4 kali mengulangi perkara yang sama kepada pari yang berlainan. sekali cuba dia rasa seronok dan mengulanginya pada hari-hari yang mendatang. mungkin disebabkan iman yang lemah dan hasutan syaitan yang kuat telah menyebabkan lelaki itu rasa perbuatannya itu hanya perkara biasa tanpa menghiraukan dosa dan perkara buruk yang akan mendatang. lelaki ini juga dikatakan kurang pergaulan dengan lelaki lain dan wanita. jadi tidak ada tanda-tanda yang laki nie sanggup melakukan perkara terkutuk ini.

kenapa laki ini boleh mati ? dia mati disebabkan masa dia melakukan zina dengan pari yang terakhir sebelum dia mati tuh, dia telah di sengat dengan anak yang berada dalam perut si ikan pari. sedang asyik keseronokkan dihasut syaitan melakukan perkara zina tapi berakhir dengan pedih dan sakit dibahagian alat kemaluannnya. dia telah meninggal di atas bot yang dia naik sewaktu menangkap ikan. mayatnya hitam kebiru-biruan dan kemaluannya masih di dalam kemaluan si ikan pari. dia ditemui penduduk kampung.

penduduk kampung pon terkezut dengan penemuan tersebut. penduduk kampung ingat dia baik dan tak suka dengan perkara-perkara sebegitu. perbuatan keji laki itu telah menjadi buah mulut penduduk kampung dan sehingga luar daerah. jangan disangka air yang tenang tiada buaya. hehe. so ingatlah. fikir dulu sebelum buat sesuatu perkara. ingat " Tuhan akan melaknat perbuatan zina, tidak kira pada sesiapa sahaja seperti dalam firmanNya yang bermaksud “Jauhkan dirimu dari zina kerana zina itu kebinasaan,” – 

 
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Rabu, 2 Mei 2012


Blogger & Forum CariCyber.com



Assalamualaikum
* salam Ramadan *




21 Julai 2012






Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Ewahh, Ortye. Contest Blogger Caricyber ini telah berlangsung selama 2bulan 21hari. Dan lagi 10 hari akan tamat Contest ini. Kepada rakan-rakan blogger yang belum join lagi, moh kita join ramai-ramai. Memang banyak manfaat join contest ini. Selain daripada dapat bertukar idea, pendapat, cadangan dan pengetahuan, di Forum CariCyber juga kita dapat berkenalan lebih ramai rakan maya. Jangan selepas contest ini ramai yang tidak akan singgah kesana lagi. Boleh dikatakan peratus pengunjung blog Sydi adalah daripada Forum CariCyber itu sendiri. Buat masa sekarang, sebanyak 127 pengunjung blog Sydi adalah diperoleh daripada forum ini. Memang Sydi terkejut kerana Sydi tidak pernah promote blog Sydi disana. Itulah antara kelebihan berforum. Memang tak dapat didalih, Sydi selalu promote Forum CariCyber ini kepada sepupu Sydi, sanak saudara dan rakan-rakan Sydi di sekolah. Mereka juga terkejut kerana selain dapat berforum, disini terdapat contest yang mana menawarkan hadiah yang lumayan. Sydi pernah sekali menunjuk kepada Ibu Sydi, Kerana Ibu Sydi mengatakan bahawa Sydi melayari internet hanyalah membuang masa. Ingin Sydi membuktikan bahawa itu tidak benar. Di internet juga kita dapat menjana pendapatan. Mungkin kerana Sydi masih di bangku sekolah, jadi masa melayari internet agak terhad dan telah ditempohkan waktunya. Oleh yang demikian, Sydi berharap agar Forum CariCyber akan terus berjaya sebagai forum terhebat yang akan mendatang kebaikan dan manfaat kepada semua orang dan tahniah kepada MK_Amin iaitu sebagai pengurus atau pentadbir Forum CariCyber kerana terlah berjaya menganjurkan sebuah Contest yang hebat yang pernah Sydi lihat dan sertai. 



  Ciri -ciri Forum CariCyber.com


1- Mesra SEO (Search Engine Optimization)


2- User Friendly


3- Powerful Profiles - Setiap ahli mendapat halaman profil di mana mereka boleh upload gambar profil, lihat notifications, membuat post di wall sendiri dan profile org lain dan boleh melihat perbincangan & komen terbaru daripada ahli forum yang lain.


4- Signature - Ahli boleh membuat signature untuk dipaparkan di bawah setiap post di ruangan discussion.


5- Sistem Notifications - Ahli boleh set notification sama ada melalui emel atau forum. Sila lihat ruangan 'Preference' di profile anda.


6- Internal Message - Ahli boleh hantar private message kepada ahli yang lain dan boleh add members dalam perbualan conversation tersebut.


7- Questions & Answers - Ahli boleh membuat discussion berbentuk pertanyaan dengan memilih tab 'Ask a Question' setelah menekan butang 'Start a New Discussion' di ruangan atas sidebar. Ahli boleh menentukan jawapan manakah yang beliau pilih antara jawapan yang diterima dari ahli lain. Contoh boleh lihat di sini.


  Maksud forum 


  • Majlis perbincangan, tempat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara yang mana terbuka kepada semua orang.
  • Perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam :
  • Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan
  • Perantaraan untuk perbincangan terbuka, mis majalah
  • Tempat perjumpaan adalah umum untuk perbincangan terbuka.
  • Bahasa asal : Inggeris
  • Bersinonim dengan perbincangan, perbahasan, perdebatan, pembicaraan, perhimpunan, perkumpulan, seminar, simposium, persidangan, konvensyen, kongres.
  • Pengupasan, penyelidikan, pemeriksaan, berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dengan yang lain mengenai sesuatu perkara.


  Tempoh Contest

  • Tarikh mula : 1 Mei 2012
  • Tarikh tamat :  1 Ogos 2012 **tiga bulan
  • Pengumuman pemenang : 8 Ogos 2012


  Hadiah - Hadiah



  • Tempat Pertama : RM300.00
  • Tempat Kedua : RM200.00
  • Tempat Ketiga : RM100.00
  • Saguhati (10 orang) : (akan dimaklumkan setelah genap 20 orang peserta)
  • Cabutan Bertuah (random.org - 1 hadiah setiap bulan) : Rahsia untuk sementara waktu
  • Kategori Khas (Entri Terbaik) : Percuma Domain & Hosting 15GB selama setahun



  Syarat-syarat penyertaaan


Syarat-syarat penyertaan bolehlah berkunjung terus ke sini. Jangan malu jangan segan untuk bertanya jika tidak memahami syarat-syarat mahupun perbincangan disana kerana ramai orang yang akan membantu.

Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet WebhostingHzToursTopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com  

Kaedah penilaian dan pemenang peserta bagi keseluruhan bolehlah ke blog penganjur sendiri disini. Selain itu, kepada sesiapa yang ingin menjadi penganjur contest bolehlah ke forum tersebut kerana banyak manfaat jika menjadi penganjur di Contest Blogger & Forum. Jom lihat pantun yang direka khas untuk  " Forum CariCyber ". Maaf pantun agak kurang. Sydi tak reti berpantun.


" pengunting rambut digelar barber,
ke kedai gunting menaiki kereta,
jom join contest CariCyber,
banyak manfaat tak terkata. "

" hadiah menanti banyak sekali,
hadiah menarik menarik hati,
kalau menang syukur ilahi,
kalau kalah tepuk dahi. "

" makan nasi berlauk kari,
dimasak oleh mamak mari,
kalau rasa nak join sekali,
hanya tekan laman web ini. "



SEKIAN
















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Selasa, 1 Mei 2012


assalamualaikum.
*hello berybady !

01-05-2012

hari yang menggembirakan semua pekerja kerana hari ini merupakan hari cuti semperna "Hari Pekerja". seperti yang Lyssa Faizureen kata. adakan blogger pon akan cuti? haaa, mestilah tidak. saya bangkang yang berhormat ! saya jatuhkan hukuman gantung sampai pengsan. opss sudah, daripada dok melalut ke lain baik ke topik asal. kalau blogger pon cuti maknanya setiap blog akan sunyi, cuba bayangkan. hantu-hantu akan berkeliaran. sape hantu tu ? hantu tu ialah hacker. diorang berkeliaran sebab nak cari mangsa diorang. Ya Allah elakkan lah aku daripada manusia sebegitu. amin

okeh, setiap 1 Mei kita akan menyambut hari pekerja yang mana budak sekolah pon cuti. tu yang paling penting. kalau tak jangan harap Sydi nak cita pasal hari pekerja nie. haha. kalau sekolah sapa yang nak ajar kan. cikgu pon nak cuti taapi gaji jalan. haha.  memang Sydi tak tempoh lagi alam pekerjaan. tapi Sydi tahu memey penat kalau keja kan.? mana ada keja yang senang kecuali keja tengok,wat taik mata and lain-lain. so sydi respek semua pekerja yang ada diMalaysia. tak kiralah keja apa pon asalkan keja. 




sekali lagi Sydi nak ucapkan 
"Selamat Hari Pekerja 2012, Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi"
 kbye 

















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...