Rabu, 2 Mei 2012

Blogger & Forum Caricyber.com


Blogger & Forum CariCyber.com



Assalamualaikum
* salam Ramadan *




21 Julai 2012






Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Ewahh, Ortye. Contest Blogger Caricyber ini telah berlangsung selama 2bulan 21hari. Dan lagi 10 hari akan tamat Contest ini. Kepada rakan-rakan blogger yang belum join lagi, moh kita join ramai-ramai. Memang banyak manfaat join contest ini. Selain daripada dapat bertukar idea, pendapat, cadangan dan pengetahuan, di Forum CariCyber juga kita dapat berkenalan lebih ramai rakan maya. Jangan selepas contest ini ramai yang tidak akan singgah kesana lagi. Boleh dikatakan peratus pengunjung blog Sydi adalah daripada Forum CariCyber itu sendiri. Buat masa sekarang, sebanyak 127 pengunjung blog Sydi adalah diperoleh daripada forum ini. Memang Sydi terkejut kerana Sydi tidak pernah promote blog Sydi disana. Itulah antara kelebihan berforum. Memang tak dapat didalih, Sydi selalu promote Forum CariCyber ini kepada sepupu Sydi, sanak saudara dan rakan-rakan Sydi di sekolah. Mereka juga terkejut kerana selain dapat berforum, disini terdapat contest yang mana menawarkan hadiah yang lumayan. Sydi pernah sekali menunjuk kepada Ibu Sydi, Kerana Ibu Sydi mengatakan bahawa Sydi melayari internet hanyalah membuang masa. Ingin Sydi membuktikan bahawa itu tidak benar. Di internet juga kita dapat menjana pendapatan. Mungkin kerana Sydi masih di bangku sekolah, jadi masa melayari internet agak terhad dan telah ditempohkan waktunya. Oleh yang demikian, Sydi berharap agar Forum CariCyber akan terus berjaya sebagai forum terhebat yang akan mendatang kebaikan dan manfaat kepada semua orang dan tahniah kepada MK_Amin iaitu sebagai pengurus atau pentadbir Forum CariCyber kerana terlah berjaya menganjurkan sebuah Contest yang hebat yang pernah Sydi lihat dan sertai. 



  Ciri -ciri Forum CariCyber.com


1- Mesra SEO (Search Engine Optimization)


2- User Friendly


3- Powerful Profiles - Setiap ahli mendapat halaman profil di mana mereka boleh upload gambar profil, lihat notifications, membuat post di wall sendiri dan profile org lain dan boleh melihat perbincangan & komen terbaru daripada ahli forum yang lain.


4- Signature - Ahli boleh membuat signature untuk dipaparkan di bawah setiap post di ruangan discussion.


5- Sistem Notifications - Ahli boleh set notification sama ada melalui emel atau forum. Sila lihat ruangan 'Preference' di profile anda.


6- Internal Message - Ahli boleh hantar private message kepada ahli yang lain dan boleh add members dalam perbualan conversation tersebut.


7- Questions & Answers - Ahli boleh membuat discussion berbentuk pertanyaan dengan memilih tab 'Ask a Question' setelah menekan butang 'Start a New Discussion' di ruangan atas sidebar. Ahli boleh menentukan jawapan manakah yang beliau pilih antara jawapan yang diterima dari ahli lain. Contoh boleh lihat di sini.


  Maksud forum 


  • Majlis perbincangan, tempat bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara yang mana terbuka kepada semua orang.
  • Perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam :
  • Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan
  • Perantaraan untuk perbincangan terbuka, mis majalah
  • Tempat perjumpaan adalah umum untuk perbincangan terbuka.
  • Bahasa asal : Inggeris
  • Bersinonim dengan perbincangan, perbahasan, perdebatan, pembicaraan, perhimpunan, perkumpulan, seminar, simposium, persidangan, konvensyen, kongres.
  • Pengupasan, penyelidikan, pemeriksaan, berbahas bertukar-tukar fikiran antara satu dengan yang lain mengenai sesuatu perkara.


  Tempoh Contest

  • Tarikh mula : 1 Mei 2012
  • Tarikh tamat :  1 Ogos 2012 **tiga bulan
  • Pengumuman pemenang : 8 Ogos 2012


  Hadiah - Hadiah



  • Tempat Pertama : RM300.00
  • Tempat Kedua : RM200.00
  • Tempat Ketiga : RM100.00
  • Saguhati (10 orang) : (akan dimaklumkan setelah genap 20 orang peserta)
  • Cabutan Bertuah (random.org - 1 hadiah setiap bulan) : Rahsia untuk sementara waktu
  • Kategori Khas (Entri Terbaik) : Percuma Domain & Hosting 15GB selama setahun



  Syarat-syarat penyertaaan


Syarat-syarat penyertaan bolehlah berkunjung terus ke sini. Jangan malu jangan segan untuk bertanya jika tidak memahami syarat-syarat mahupun perbincangan disana kerana ramai orang yang akan membantu.

Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet WebhostingHzToursTopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com  

Kaedah penilaian dan pemenang peserta bagi keseluruhan bolehlah ke blog penganjur sendiri disini. Selain itu, kepada sesiapa yang ingin menjadi penganjur contest bolehlah ke forum tersebut kerana banyak manfaat jika menjadi penganjur di Contest Blogger & Forum. Jom lihat pantun yang direka khas untuk  " Forum CariCyber ". Maaf pantun agak kurang. Sydi tak reti berpantun.


" pengunting rambut digelar barber,
ke kedai gunting menaiki kereta,
jom join contest CariCyber,
banyak manfaat tak terkata. "

" hadiah menanti banyak sekali,
hadiah menarik menarik hati,
kalau menang syukur ilahi,
kalau kalah tepuk dahi. "

" makan nasi berlauk kari,
dimasak oleh mamak mari,
kalau rasa nak join sekali,
hanya tekan laman web ini. "



SEKIAN
















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

8 budax ch0mel k0men ♥:

Forum CariCyber.com berkata...

Syabas syidi n gudluck..apa2 pon admin sentiasa memberi ruang kpd semua peserta utk menambah baik entri masing2 dari masa ke semasa sehingga penilaian akan dibuat kelak..

nak bersaing jenguk2 la entry peserta lain ye..hehe..

mencari pelangi berkata...

comell blog nih.. header pun comell :)

Mr Lonely berkata...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =)

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

|shuhadaothman|TM berkata...

Nice entry sydi. Hikhik. pantun tu yg mahal. Gudluck! ;D

Aisyah Omar berkata...

Sydiiiii, gdluck join contest nie. Awesome blog :D

Hafizah Anuar berkata...

Semoga berjaya. :)

Izzat berkata...

smga menng. ada rzki ad larghhh. huhu. jangan lupa singgah http://deqmat.blogspot.com

Rusydi Mustaffa berkata...

Terima Kasih sudi komen. InsyaAllah kalau Sydi ada rezeki ada laaa. Thankz sangat-sangat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...