Jumaat, 27 April 2012



SMKMS Drama Team

hello you all 
27 April 2012

hari ini Sydi nak cerita tentang drama team yang Sydi sertai. memang best dengan akak-akak and abang-abang yang perangai macam hantu raya nie.mase tuh Sydi form 1. dan kebanyakkannya dari form 2,4 and 5. Sydi sorang ja yang tersesat dari hutan tropika mane entah.Sydi dijemput untuk sertai drama nie. haha. nak tolak? tak punya. dah larh baru masuk sekolah tuhh.tiba-tiba dijemput pulak. terharu dan peratus kawan Sydi yang cemburu tak terbilang. huhu. drama nie dibawah kepimpinan cikgu Zarida yang merupakan guru disiplin. sekolah Sydi 4 tahun berturut-turut menang. hebat tuh. tambah-tambah lagi ada Sydi. lagi la hebat. kan-kan ?

kami berlatih sehari dalam 2 hingga 3 jam ja. lama gak kami berlatih. memang sedih cerita dia. Sydi siap hafal
skrip dia. dari cent 1 sampai 8. haha. pelakon dia fuyoo. hebat. tajuk drama nie "Wicked Ebony Scrooge".
nak tengok barisan artis-artisnya. haha. opss sebelum tu. tahun 2011 kami menang dalam peringkat daerah dan peringkat negeri just tempat ke empat.hoho. sugguh kecewa. tapi yang menang tuh best gilaa drama dorang. dua orang pondan. cina lak tu. diorang dah 2 kali menang kot rasanya..nahh ini dia artis ABPBH.haha

nie gambar jurulatih kami. haha. guru disiplin. nampak ja baik. tapi tegass.


Cikgu Zarida bersama crew Syafiq
nie adalah watak utama :-

time makeup. semua putih macam Sydi. haha dua-dua tuhh watak utama.

watak utama. hantu yang menjadikan Ebony baik kembali.

para pelakon hebat :-

Emirul Ezanni. pegang dua watak. laki miskin and seorang ayah kaya.


penjual bunga. semperna tahun baru.

pelakon utama. memang suka wat lawak dak nie.

Cikgu Zarida bagi taklimat. dua jam baru habis. haha


mase atas pentas :-


Roberta. pembantu rumah Ebony.

antara part sedih. kene marah. huhu.

penjual bunga. mase nie largh paling sedih. Ebony tuhh tolak dua orang nie sampai jatuh dan dua-dua menangis

lelaki kaya.

wajah gembira selepas selesai persembahan :-





haha. itulah serba sedikit yang dapat Sydi sharekan. banyak lagi nihh. korang nak ke tengok. hmm. kepala nie kalau jumpa korang berjam-jam baru habis nak cerita. memang best drama nie. siap juri pon menangis 
( serius ). time part sedih. kami pon terkejut. kenapa juri tu nanges, nampak macam tegas. haha. dalam hati sape tahu kan. okeh. Sydi ada CD . tapi video tak dapat. nanti Sydi try upload. tapi lambat sikit largh. yang Sydi suka ialah props dia. perghhh berseni gila cikgu sekolah Sydi buat. nampak macam real kan. haha













♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Isnin, 23 April 2012



hello-mello
21 April 2012

hari nie Sydi terlebih gembira dan sangat-sangat gembira. macam nak lompat-lompat ja macam katak puru. 
haha. tapi Sydi sabor jerr lah. nanti kakak Sydi kata gilorr pulak kan. hurm
kenapa lah engkau gembira sangat Sydi oii. ?
haaaa. perasan tak header Sydi dah bertukar. macam powerrenges. ala cerita yang kita suka tengok mase kecik-kecik dulu. tembak sana, tembak sini. okeh balik ke pangkal jalan cerita Sydi tadi.

korang-korang ! korang ingat tak header Sydi yang dulu ? tak ingattttttttttttt. apaaa !
marah nie. haha. tak derr lahh. meh Sydi tunjukkan balik header Sydi dari bulan 1 sampai sekarang.
ade lah sikit yang Sydi buat dan orang bagi. huhu ( free tuh )
mehh kita tengok-tengok .tak cantik pon Sydi buat. Sydi tak pandai buat header dulu-dulu. seyesss


koleksi header hasil Sydi buat sendiri :-


1.nie lah header pertama Sydi. mase nie Sydi guna background black&white.
so header semua black&white


nie lah first header Sydi buat. guna photoscape and gimp.
memang sampai berjam-jam baru siap. huhhh. hasilnyaa amat memalukan. 


2. nie header ke dua Sydi. memang tak cantik langsung

masih guna photoscape and gimp
hasilnya amat menakutkan semua blogger. haha


3. header yang terbaru. Sydi buat hari jumaat lepas. first time guna photoshop.
sebab selama nie memang tak reti. haha. Sydi ikut tuto dari youtube.

header nie boleh-boleh jerr lah.
rasanya Sydi guna dalam sehari jerr kot..haha. photoshop


4. header ke empat nie Sydi ikut header ke 3. tapi Sydi bagi caloufull sikit.
masih tak cantik.

header nie boleh tahan. tapi Sydi guna dalam sejam ja.haha
InsyaAllah. Sydi akan guna bila-bila nanti.



freebies doodle dan pelangi yang cute :-

doodle nie Sydi ambil dari blog akak Lyssa Farizuen
comey macam tuan punya doodle dan Sydi. haha


doodle perempuan nie Sydi ambil dari blog abang Wan Hazel 
comey muslimah nie. sydi guna dalam header Sydi yang ke-3.  hehe


 
pelangi yang bercolour-colur nie Sydi curi dengan kebenaran Nabeel Fikree.
dia bagi khas untuk Sydi. haha. thankz Nabeel .



header yang Sydi dapat free dari akak and abang yang comeyy :-


header yang cantik nie first time dapat free dari  Miszz Nadea/Kak Nad.
hehe. thankz Miszz Nadea. Sydi dapat header nie mase baru dalam dunia blog. hoho


nie header dari Khocet, kawan fibox yang awesome. baik pulak tu.
 header kat bawah nie khocet buat tak sampai sejam.hebat betol. 

cantik kan. kartun perempuan tu macam tengah dok tunjuk nama Sydi.
InsyaAllah kalau ade kelapangan Sydi akan guna header tu. 
huhu. khocet nie from Indonesia. thankz  Khocet .



header yang Sydi beli :-

Sydi beli headerr ? apaaaaaa. haha. Rm10 ringgit. ok tak dengan headernya?
urm. entahlah. bagi Sydi okehh jerr.ingat senang nak buat. 

cantikkan. bagi Sydi cantik. colourfull.
tapi ade kesalahan sikit. ape erkk ? shuttt. tak nak bagi tahu. Sydi tak kisah sebab tak ade yang beza sangat kesalahan tu. Sydi tempah/beli from MeeSupergirl .thankz mee.


gambar laki tu Sydi ke? haha. mestilah bukan. 
meesupergil ambik dari dp facebook Sydi. korea poyo. bajet hensem ( memang hensem pon ) haha

name dia Sydi tak kenal, Sydi colek gambar nie dari isteri En.Google.
Nyonya Googess. haha


okeh, yang tu jerr header yang Sydi ada.
sebenarnya lebih kurang 20 lebih header dalam lappy Sydi. Sydi tunjuk yang okeh dan pernah guna ja.
yang lain-lain tu hanya Sydi sahaja mampu tengok. kalau korang tengok mesti pengsan.haha
( nampak sangat bohong )
okeh, penat jugak upload gambar nie kan? haha. tak kisah pon.



nota : maaf sangat-sangat kalau loading lama,
gambar berjuta-juta Sydi bawak masuk dalam entry nie tadi, itu pon Sydi dah guna size kecil.
background gambar tu jadi biru sebab header tu transparent.
heppy-heppy yerkk 
:D















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Sabtu, 21 April 2012



hello ebeybady
21 April 2012

salam sabtu rakan-rakan ku.
sebelum itu kita gelak dulu, hahahaha, memang tak boleh nak tahan lagi. Sydi buat robot ?
a'ahh .hari ini Sydi ada kokurikulum for sesi petang. persatuan Sains memang kretif and aktif. setiap minggu mesti ada sesuatu yang akan kami buat. biasalah, Sydi kan cita-cita nak jadi doktor .haha (amin)
cantik ke robot kau sydi ooii. ?
kecantikannya memang tak boleh nak dinafikan lagi. cute macam katak puru. hahaha
katak puru cantik ka? haha. korang fikir la sendiri.

katenya kalau buat dapat hadiah ?
a'ahh.memang dapat. tapi cikgu kata nanti. so saborr jerr lah. robot-robot kawan Sydi yang laen lagi cantek.
Sydi prepare dari tengah malam semalam lagi,cari kotak satu dunia.
akhirnya cukup jugak apa yang Sydi nak. Alhamdulillah. 
dalam hati nak buat kotak yang couple tu. ala yang pegang-pegang tangan tu. tak leh blah.
tapi Sydi buat pompuannya sahaja.

sydi nak buat macam kat bawah nie. tapi tak jadiiiiiii :-




perlukah Sydi menangis ?
shuttt..Sydi laki lah. tak mau nages-nanges. hahaha. nak tengok ka hasil Sydi buat ?
okeh yang nie lah Sydi buat. cantek tak ?


haha. perah santan sungguh kau nie Sydi. sydi ingat nak bawak balik hasil Sydi buat tu.
tapi cikgu kata diorang nak nilai dulu. for pemenang.
so redha jerr lah. stoppp.sebelum tu Sydi suroh cikgu ambil gambar yang Sydi buat tu.
amboihhh buat penat-penat, ada hati tak mau ambik gambar.
Sydi suroh cikgu Sydi hantar kat e-mel sydi "rusydi_mus@yahoo.com"
dapat gak sydi tunjuk kat korang hasil comot Sydi buat.

gelak lah korang sampai pecah perot tengok
gambar nie

dah tengok,? puas hati ? puas gelak?
hahahaha, yang tak leh nak tahan reben dengan pipi merah tu kan.
Sydi guna makeup akak Sydi. haha. macam badut.
dia baru balik opis tuhh, tak mau kacau dia. Sydi tak kreatif macam korang (sambil tangan atas bahu )
okehlah. yang tu jerr Sydi nak tunjuk. byebye

Nota :- ade pendapat ? haha, silalah komen wahai dak cute*
tadi kat sekolah cute gambar tu, dah upload nampak kerdil. why ?
sumber adalah daripada bahan terbuang.
gambar diambil dari Makmal Kimia.















♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Khamis, 19 April 2012



hello eberybadi
19-04-2012


Hari ini adalah hari "Keputeraan Sultan Perak yang ke-84" kalau tak silap la info kat google.
oleh yang demikian seluruh warga Perak akan cuti termasuklah Sydi. haha
yeaaaa. oleh itu Sydi pon online blog dari pagi sampai ke petang,( solat jagan lupa ) dan malam nie prepare untuk ke sekolah esok. semoga Tuanku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
( amin ) dan selamat memerintah Negeri Perak.

Sydi boleh lahh nak dikatakan selalu ke Kuala Kangsar untuk menyambut hari keputeraan Sultan.
tapi tahun ini tak pergi. sedih tak dapat jumpa abang-abang tentera yang kacak ( ayat tak leh blah ) haha
macam tahun lepas ada  pertunjukan bunga api, Pertandingan lampu punjut dan pertandingan bot berhias  sepanjang Sungai Perak. kalau tak salah la.
lepas itu waktu siang ada meriam. mase tu lah abang-abang kacak ada. haha
dekat dataran Kuala Kangsar, kalau tak salah.

okeh, yang itu ja Sydi nak cita mengenai "Hari Keputeraan Sultan Perak"
 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


ini antara koleksi gambar-gambar Sultan :-














nota deq Sydi :-maaf lambat loading, gambar Sydi gam banyak sangat












♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Rabu, 18 April 2012


hello-millo
18-04-2012

hari ini Sydi ada pergi ke "Hari Anugerah Kecemerlangan 2011". ramai yang datang. mak bapak pelajar yang dapat hadiah semua datang. Sydi datang wat apa ya ? haha. stop kat situ. jangan banyak soal. Sydi pergi sebab Sydi ada persembahan " sketsa dan poem " memang best. first time pergi ke hari anugerah
for SMK. ya lahh, Sydi baru form 2, anugerah nie kira menghargai peperiksaan akhir tahun form 1 larhh. hehe
banyak persembahan termasuklah choral speaking yang dasyat pernah Sydi tengok depan mata, band sekolah menyanyi, boria not dandut, dan ada lagi .

Sydi berlakon jadi anak yang malas nak kemas rumah,
seorang mak nie balik dari pasar dan tengok anak dia tidur sedangkan rumah berselerak .
disitulah mulanya cerita, Sydi pon berlakon-berlakon dan ending dia masuklah poem yang disajakkan oleh
4 orang kawan Sydi. semua orang gelak masa mak marah kat Sydi. pengetua pon gelak.
haha. Sydi pon cover la gelak Sydi nie.

yeahhh.. cemerlang

semua bekas pelajar form 5 yang dapat 10A,9A and yang kebawah semua hadir.
akak-akak and abang-abang nie datang untuk sekolah menghargai diorang.( orang pandai lah katekan )
daripada form 2 sampailah ke form 5 and 6.semua yang cemerlang datang. terharu tengok orang pandai.
nak jadi macam diorang gak lahh..amin doa-doakan lahh ya.
hari anugerah nie dirasmikan oleh seorang pengurus Syarikat Prima ape entah.bekas pelajar sekolah sini.
( Sydi tak tahu ape name and jawatan perasmi tu )
lupa sangat tadi..hehe . perasmi itu cerita macam mana beliau boleh cemerlang macam sekarang .
( terharu dengar )

dalam gembira rupanya Sydi ade gak perasaaan sedih. sebab apa Sydi ?
Sydi lupa nak bawak kameraaaaaaaaaaaaaaaa. ( memang bengang )
sedangkan benda tu lahh yang paling penting. so jawabnya tak dapat la Sydi tempek gambar kat sini.
haha. hanya dapat ceritakan apa yang berlaku .
itu ja yang Sydi nak cerita.
baibai











♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Isnin, 16 April 2012


hello-hello
hari nie Sydi ada masuk bacaan nilam sempena program nilam.
dia ada dua kategori, first Bahasa Melayu and Bahasa Inggeris. nak pilih mana erkk ?
haha. mula-mula Sydi nak pilih Bahasa Inggeris, tapi kawan Sydi nak .
so, kenalah berundur, and amek Bahasa Melayu.
dia ingat dah pro la tuh sampai nak amek Bahasa Inggeris. haha ( ayat perli )
tapi Sydi tak kisah pon.
 
maksud Nilam :-


  • Program NILAM (Nadi Ilamu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. 
  • Matlamat utama Program NILAM adalah membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar. 
  • Tiga elemen Program NILAM 
  1. - Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. 
  2. - Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar. 
  3. - Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

dapat apa masuk nie Sydi ?
haaaaa ! dapat RM2 hengget ja. okeh la tuhhh.. cuma baca sinopsis buku yang kita baca kat depan perhimpunan. bukan perhimpunan haram kehh. nanti tak pasal-pasal updated entry kat penjara. hahahahaha
nie perhimpunan sekolah. alah yang selalu ada hari isnin tu. ramai kot yang tengok. Sydi wat muka sposen ja.
haha .dapat la Sydi guna RM2 hengget tu untuk beli roti and air mineral dekat koperasi sekolah.
jimat la duit sikit. sikit jerr pon. tapi Alhamdulillah.


nie lah logo nilam
spider g tu.

kawan Sydi kata. Sydi baca macam berita Tv3 ?
haha. geli betul hati,limpa,jantung,usus Sydi nie. dengar komen from friend Sydi. ada aku kisah! (wohh kasar)
kita kena ambil pengalam mase kecik nie kan. dia datang sekali jaaa kehh. bukan berkali-kali. ingattt. haha
besar nanti tak lah kekok sangat. naik pentas pon tunduk sampai ke tanah. cacing pon hairan.
tapi besttt walaupon acara or pertandingan nie hanyalah di sekolah sahaja .

tapi ada jugak peringkat Negeri jikalau bilangan bacaan dan catatan banyak kat buku nilam.
nak kah kita rebut peluang ini (amboihh.. ayat over )
haha. okehlah, Sydi tahu korang lebih paham and pandai mengenai nilam nie.
so tak payah lah Sydi susah-susah ceritakan. hehe
kbai-bai









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Jumaat, 13 April 2012


hello eberybady..
sehat ? Alhamdulillah (amin)
kalau sihat ucap Alhamdulillah k. sebab Allah dah bagi kesihatan untuk kita.
ingat tak gempa bumi rabu lepas. lebih kurang jam 4:35pm macam tu lah. hoho. takut lorhhh..
mase itu Sydi boring sesangat and tak ada mood langsung-langsung nak berblogging.
kalau dah boring mesti la tengok tv kan. kan-kan? hehe

mase itu Sydi tengah tonton tv, ayah Sydi bace akhbar on9, dua orang kakak and mak Sydi duduk kat dapur.
tiba-tiba Sydi rasa macam goncang-goncang ( ayat hentam ja tu) haha. lepas itu ayah Sydi tengok lampu yang tejuntai-juntai tu bergoyang jugak. ayah Sydi tengok Sydi. Sydi tengok ayah Sydi. tak ke pelik.
menjeling-jeling mate pulak kan. gatai sunggoh. haha. lepas tu ayah Sydi kata ada gempa bumi.

gambar kejadian gempa bumi,
aceh.

Sydi pon panggil akak and mak Sydi yang ade kat dapur supaya keluar rumah. sebab ape ya yang arif Sydi ?
sebab langkah berjaga-jaga supaya tak ade perkara yang tak diingini berlaku. lame gak. 4,5 minit macam tu. gempa tu kuat bermagnitud  8.9. Sydi update entry nie sebab first time rase and dalam hati banyak kali berzikir kerana takut dengan kuasa Allah. MasyaAllah .

ini sedikit unfo yang Sydi bace dari satu laman web :-







Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.Gempa bumi sangat kuat dirasai, bekalan elektrik terputus, jalan menuju ke kawasan tinggi sesak dan kedengaran siren di merata tempat. Bacaan ayat suci al-Quran kedengaran di semua masjid.Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi kita semua perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. Takut sekiranya berlaku kejadian tsunami.




mak Sydi kate itulah tanda-tanda nak kiamat. so banyak-banyak kan lah kita wat amal ibadat yerrr. hehe. 
tak ade yang sempurna dalam hidup kita nie kan.
itu ialah amaran dari Allah untuk kita bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadat kepadanya. 

okeh la .Sydi akhiri dengan 


**Assalamualaikum**

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Sydi ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...