Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.Gempa bumi sangat kuat dirasai, bekalan elektrik terputus, jalan menuju ke kawasan tinggi sesak dan kedengaran siren di merata tempat. Bacaan ayat suci al-Quran kedengaran di semua masjid.Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi kita semua perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. Takut sekiranya berlaku kejadian tsunami.
mak Sydi kate itulah tanda-tanda nak kiamat. so banyak-banyak kan lah kita wat amal ibadat yerrr. hehe.
tak ade yang sempurna dalam hidup kita nie kan.
itu ialah amaran dari Allah untuk kita bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadat kepadanya.
okeh la .Sydi akhiri dengan
**Assalamualaikum**
4 budax ch0mel k0men ♥:
Saya kat Selangor rasa gegaran pukul 6:30. Yang peliknya, kawasn kitorang ada 2 fasa. Fasa I rasa gegaran kuat, Fasa II tak rasa apa2 pun. Bukannya jauh pun. bacalah http://tiniersakura.blogspot.com pasal gempa. Dia budak Fasa I.
jagung xrasa papon...haishh..pelik neh...
amirah :-
a'ahh.gempa memang jadi dua kali.first kuat 8.9sr jam 4:40.second 5 lebih jam 6:50.n tak kuat sangat.hehe..sydi dapat rasa kedua-duanya..
Si Jagung :-
apaaaaaaaaaaaa? tak rasa apa-apa. pelik betol.kuat kot.jagung tido kot mase tu.haha..kantoi suda.
Catat Ulasan